Assalamualaikum semua. Apa habaq? Selamat Hari Pekerja. Sempena Hari Pekerja ni, kita cuti, tak keja, so kita sambung update blog yang semakin dok bersarang ni naa. Nak cerita pasai trip ke Sabah yang dah masuk part 3. Kali ni cheq akan berceritera pasai hari kedua kami kat Sabah. Kat Sabah depa awai sejam dari Semenanjung. Pukul 6 pagi tu dah cerah dah. Awai oo kami bangun pagi tu. Tapi nak mandi tu Ya Allah sejuknyaa. Macam mandi ayaq ais batu. Teketaq-ketaq cheq. Bangun awai ni bukan sebab apa, sebabnya nak ligan pi tengok puncak Gunung Kinabalu. Depa kata kalau nak tengok, kena pi awai sebab pukul 9 atau 10 ke atas tu, puncak tu akan dilindungi awan. Maka, lepas siap-siap semua, terus ja check-out dari J Residence dan menuju ke Kinabalu Park. Jarak antara J Residence dengan Kinabalu Park ni 5 minit ja. Dekat sangat. Alhamdulillah, dapat tengok view puncak Gunung Kinabalu. Orang kata, tak dapat daki, dapat tengok puncaknya pon jadi lah. Memang sangat cantik.

Sementara dok tunggu depa bersiap. Kucing semalam dok mai menempek lagi dekat cheq. Sejuk agaknya. Bawak balik semenanjung jugak kang.

View dari balcony chalet kami. Serius cantik!

Dekat Kinabalu Park. Tiket masok RM3 seorang. Sila simpan tiket tersebut sebab ianya boleh digunakan jugak dekat Poring Hot Spring nanti. Maksudnya sekali bayaq ja la.

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayang sama kamu.. Ecewahh!

Selpiaq sedaih!

Bonda terchenta.
Ok. Dah puas bergambaq dekat Kinabalu Park tu, kami terus ke Pekan Kundasang untuk cari tempat nak breakfast. Dekat situ ada satu kedai makan muslim, macam kedai mamak jugak la. Pekena roti canai dengan teh tarik panas-panas. Perghh masyuk.. Dah selesai breakfast, kami menuju pulak ke Desa Cattle Dairy Farm. Kalau hampa nak feeling-feeling pi New Zealand tapi tak dak bajet macam cheq ni, haa ini la tempatnya. View dia memang macam dekat New Zealand baq hang! Kat sini hampa boleh tengok lembu New Zealand dan minum susu lembu fresh yang sangat mabeles! Rugi kalau hampa tak try kalau dah sampai sini. Oh yaa tiket masuk ke Desa Cattle Dairy Farm ni sorang RM4. Tapi rasanya harga dia dah naik lepas GST. Hehehe.. Nasib laa. Jom kita layan gambaq dulu.

See? Bukankah cheq dah habaq? Macam New Zealand kan?

Lembu-lembu baru keluaq nak breakfast.

Bersantai-santai. Belakang tu betoi-betoi Gunung Kinabalu.

Depa kata kalau mai sini, kena ambik gambaq dekat batu ni. Trade mark. Bukan cheq kata, depa yang kata.

With my adik heroin.

We are siblings!

Happy! Lupakan sebentar masalah doonia.

Abang kakak adik.

Depa bertiga pulak.

Menikmati keindahan panorama ciptaan Allah Ta'ala.

Mak cheq kata, peace yo!

Kalau hampa mai sini, try la aiskrim ni. Sedap tak tau nak habaq!

Susu ni lagi sedap dari susu Dutch Lady tu. Sungguh cheq tak tipu.
Ok, jom kita teruskan lagi pengembaraan kita. Lepas dah abes makan ais krim, kami bertolak pulak ke Poring Hot Spring. Perjalanan ambik masa lebih kurang sejam. Nak masuk sini, hampa boleh guna tiket yang sama masa masok ke Kinabalu Park tu. Jadi, jangan lah hampa membuang tiket itu sesuka hati ya. Dekat Poring Hot Spring ni, hampa boleh rendam-rendam kaki dalam kolam ayaq panas. Pastu boleh jugak naik Canopy Walk. Ada jambatan gantung kat sini. Cheq ni dah la penggayat dengan jambatan gantung ni. Boleh pulak depa ajak naik, termasok lah mak cheq. Bukan main lagi depa. Terpaksa lah cheq memberanikan diri, dah sampai sini kan, takkan tak naik kot. Habis keluaq peluh jantan semua. Yang geramnya, depa boleh saja-saja dok pi hinggut jambatan tu. Bergoyang-goyang la jadinya. Kurang asam. Gila betoi. Menangeh cheq kat atas tu. Bukannya apa, cheq dok pikiaq kalau la putuih tali jambatan tu camana? Main-main betoi la depa ni. Haishhh. I kenott mak...

Macam-macam ada sebenaqnya dekat Poring Hot Spring ni. Jadi, hampa memang kena mai kat sini tau!

Back to the nature tajuk albumnya.

See? Semangat kan depa, tinggai cheq kat belakang. Tapi cheq respek lah dekat mak cheq, kuat oo dia berjalan mendaki bagai. Cheq pulak yang jadi malu sebab takot nak naik jambatan gantung tu.

Hat belakang skali tu paling setan. Cheq sampai tak larat nak nangeh. Jantung tercabut semua ada. Huuu....

Berehat sat. Ada berapa pit stop tah. Cheq pon dah lupa. Perot tu harus cover hokayy.

Akhirnya berjaya jugak cheq mengatasi ketakutan cheq. Macam fear factor pulak rasa. Cover muka cuak + nak tegheyak.
Setelah lebih kurang 2 jam kami dekat Poring Hot Spring tu, kami bergerak pulak ke Tagal Sungai Moroli Fish Spa. Jarak dia lebih kurang setengah jam ja dari Poring Hot Spring. Kat sini tiket masok dia sorang RM5. Hampa boleh main-main dengan pelbagai jenis ikan sungai yang sangat friendly. Depa memang sangat suka akan kaki-kaki manusia. Manusia ni yang geli dengan depa. Besaq-besaq jugak ikan-ikan kat sini.

Welcome to Tagal Sungai Moroli :)

Lempaq makanan, bukan main berebut lagi depa ni. Memang kelaparan kot.

Depa ambik bau dulu, baru nak gigit-gigit manja kaki cheq. Geli wei.

My wonderful woman. Hee~
Setengah jam kami duduk kat sini. Lepas tu terus bertolak nak balik ke KK. Time tu pon dah pukul 2 lebih. On the way tu, kami berhenti sat kat tepi jalan mana tah sebab adik cheq ternampak durian. Cheq dengan adik heroin tak makan durian. So, beli untuk mak dan adik hero ja la. Then, singgah pulak kami dekat Pekan Ranau. Makan KFC dan solat. Lepas tu baru teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Sampai ja dekat KK, terus cari Hotel Iskandar untuk check-in dan rehat. Rehat dulu sebab malam nanti ada misi memburu sotong, ketam dan udang.

Durian Sabah. Macam la kat Semenanjung tak dak durian. Macam ni saja pon dah RM10.
Lepas solat Maghrib, kami keluaq dari hotel. Before makan, saja la kami pi lepak-lepak dulu dekat Perdana Park. Tengok persembahan air pancut dekat sini. Serius cantik, diiringi pulak dengan muzik lagu-lagu rakyat Sabah. Aku tau lagu Jambatan Tamparuli tu ja. Bila perut dah mula berkeroncong, kami pon tinggalkan Perdana Park dan terus menuju ke Dataran Todak, tempat yang ada banyak gerai-gerai seafood tu. Kat sini, kami pilih Gerai Sinar Delima sebab ramai orang kata makanan kat sini sedap dan murah. Memang sedap dan murah pon. Wajib rasa kalau mai sini.

Perdana Park. Dekat dengan airport.

Memang jadi leka bila tengok persembahan ayaq pancut ni. Sesuai la bawak family lepak-lepak.

Makan malam kami di hari kedua. Total RM70. Baru la berbaloi kalau macam ni. Kalau dekat semenanjung mau dah seratus lebih ni.
Lepas habis makan, dah kenyang, kami jalan-jalan sat dekat Pasar Malam Sinsuran. Saja cuci-cuci mata dulu. Esok baru nak shopping dekat sini. Yang kami beli cuma selipar jepun ja sebab nak pakai pi island hopping esok pagi. Jadi, untuk hari kedua ni, memang sangat letih sebab pi banyak tempat. Habis cuci mata, kami balik ke hotel untuk tidoq sebab esok pagi nak pi meneroka pulau pulak. Ok lah naa. Dah banyak sangat cheq cerita ni. Takot satgi hampa pakat dok muntah baca. Hehehe. Setakat itu saja untuk kali ni. Cheq akan sambung lagi cerita seterusnya dalam part 4. Nantikan kemunculannya. Sekian terima kasih daun keladi.
Pautan:
Percutian Bajet ke Sabah Part 4
Pautan:
Percutian Bajet ke Sabah Part 4