Hai
semua! Assalamualaikum. Hari ni cheq nak ambik sedikit masa untuk cerita pasal
cheq punya percutian bajet ke Ho Chi Minh bulan lepas. Hari ni baru ada masa
nak berceritera. Untuk part 1 ni, cheq akan lebih bercerita tentang tips ke Ho
Chi Minh City. Percutian kali ni cheq pi dengan family cheq seramai 4 orang
termasuk cheq. Kami mengambil tarikh 23-26 May 2016. So, 4 hari 3 malam lah
kami dekat sana.
Pasal
tiket flight, cheq tak tau harga dia berapa sebab itu semua atas ehsan adik
hero cheq. Terima kasih kepada beliau kerana telah memayungi kami semua. Tapi
cheq rasa murah ja kot, kalau mahal, mana maunya dia beli. Lagipun, kami naik
Air Asia ja pon. Now, everyone can fly. Kikikiii..
Yang dipayung oleh hakak ni adalah hotel. Macam biasa, sebelum pi, kena la buat survey dulu kan. Mostly blogger akan suggest kita untuk cari hotel yang berdekatan dengan Malaysian Street. Sebab dekat situ memang banyak restoran halal dan persekitaran dia pon boleh dikatakan selamat sebab kat situ semua orang-orang Malaysia ja yang ada. Dan satu lagi, Malaysian Street tu memang tersangat lah dekat dengan pusat membeli-belah yang utama di Ho Chi Minh iaitu Ben Thanh Market. Jalan kaki dua tiga tapak, eh dah sampai rupanya. Begitu lah dekatnya Ben Thanh Market tu. Dan pada waktu malam pulak memang meriah lah kawasan tu sebab ada pasar malam pulak. Tapi harus diingat, kalau hampa nak booking hotel yang betul-betul dekat Malaysian Street tu, harga dia mahal sikit la. So, cheq mengambil inisiatif untuk mencari hotel yang bukan betul-betul dekat Malaysian Street, tapi tetap dekat dengan Ben Thanh Market dan Malaysian Street tu. Maksud cheq, hotel yang cheq book tu terletak di belakang Malaysian Street. Hotel yang dimaksudkan adalah Mai Vuong Hotel. Macam biasa, cheq book hotel ni dari agoda.com. Senang. Jarak dari hotel ni nak ke Ben Thanh Market cuma 5 minit ja jalan kaki. Still dekat dan harga jauh lebih murah dari hotel yang ada dekat Malaysian Street. Bilik yang cheq book adalah bilik family VIP. Harga untuk 3 malam lebih kurang RM500. Biliknya luas dan tersangatlah selesa.
Ok. Untuk transport dekat sini, kami just naik teksi saja. Dari airport nak ke hotel yang berdekatan area Malaysian Street, harganya lebih kurang RM35. Kalau harga lebih dari RM50 tu, rasanya hampa dah kena ta ya pa wau. Tapi kalau hampa ni jenis backpackers yang mai dengan kawan-kawan, cheq rasa naik bas lagi jimat kot. Tambangnya cuma seorang RM1-2 macam tu ja. Dan bas tu akan berhenti dekat Ben Thanh Market. Kalau hampa nak naik bas, boleh la ambil bas no. 52. Tapi disebabkan cheq bawak mak cheq kan, so teksi lebih praktikal. Dan harus diingatkan, kalau nak naik teksi, jangan naik teksi sembarangan! Kat sini, teksi Vinasun ja yang boleh dipercayai. Keluaq dari airport, hampa belok kiri dan jalan sampai hujung. Dekat situ akan ada seorang yang berkemeja hijau, dan bertali leher merah sedang tunggu. tapi pastikan dulu dia bekerja untuk teksi Vinasun. Bila dan pasti, bagitau ja dia nak ke mana dan dia akan aturkan teksi Vinasun untuk kita.
Pastu pasal beca. Dekat Vietnam, jangan la hampa tergoda nak naik beca. Hampa akan menyesal tak sudah lepas tu nanti. Sebabnya, mostly yang naik beca dekat Vietnam akan dikenakan caj tambang yang tak masuk dek akal. So, untuk selamat, jangan naik! Dekat Malaysia pon banyak beca kalau hampa nak naik sangat.
Ok, dah beletiaq pasal beca, nak beletiaq pasal sikap peniaga-peniaga dekat Vietnam pulak. Dekat Vietnam, tudung, kain, beg memang murah-murah. Kalau hampa tanya harga memang la depa tak akan bagitau harga yang murah tu. Depa akan buka dengan harga mahal dulu. Kalau hampa tak mau beli, jangan tawar. Kalau hampa dah tawar, then tak jadi nak beli, hampa tahan la telinga dengan sumpah seranah depa! Cheq ada jugak terkena. Cheq ada tanya harga satu beg ni, then dia bagitau harga yang mahal. Pastu, cheq buat-buat nak blah dari situ. Tapi dia tahan cheq, dia tanya berapa harga yang cheq nak. Then cheq bagitau harga yang cheq nak. Mungkin harga tu terlalu murah dan tak masuk akal kot, terus dia maki cheq. "Gilaa!" katanya. Hahahahaa. Dah tu, cheq blah terus la dari kedai dia, sambil memaki balik, "U la gila".
Ok lah kot. Cheq rasa cukup sampai sini dulu tips ke Vietnam. Nanti cheq akan sambung lagi dengan atur cara aktiviti kami sekeluarga dekat sana. Banyak lagi benda yang cheq nak cerita. Pasal makan, pasal shopping, pasal pakej tour kat sana. Banyak lagi lah. Hampa tunggu ja naa. Stay tune!
Pautan: