Salam 23 Ramadhan 1437H. Sihat ka hampa semua? Kalau sihat, alhamdulillah. Lagi seminggu ja nak raya. Esok cheq dah start keja. MC dah abes. Orang semua dah pakat bercuti, cheq pulak baru nak masuk ofis. Huwaaa.... Tapi tak pa lah. Meh kita fokus pada apa yang kita nak bincang pada hari ni. Tudiaaa. Hari ni cheq nak sambung lagi cerita pasai family cheq punya percutian bajet ke Ho Chi Minh. Macam yang cheq cerita pada part 2 hari tu, hari kedua kami ambik pakej 1 Day Mekong Tour yang berharga 9USD seorang. So, seharian lah kami mengikuti tour ke Sungai Mekong tu.
Tour kami bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. So, pagi-pagi lagi kami dah breakfast roti yang dibawa dari Malaysia. Hotel ni ada sediakan breakfast, tapi kami was-was akan kehalalan dia. So, dia punya breakfast, kami cuma ambik buah pisang ja la. Masa dok tunggu bas datang ambik kami dekat lobi hotel, tiba-tiba datang seorang mamat jual nasik lemak. Katanya dia pun asal dari Malaysia, orang KL. Dia keja kat Ho Chi Minh ni sebagai guru Bahasa Inggeris. Jual nasi lemak ni cuma part time dia ja la. Ok, disebabkan dia orang Malaysia, cheq pon beli lah 2 bungkus nasi lemak dia. Nak beli 4 bungkus, masing-masing dah breakfast tadi. So, sharing is caring, caring is loving ja la nanti.
Macam Qi Razali tak abang nasi lemak ni?
Tepat jam 8 pagi, bas kami pon sampai betul-betul depan hotel. Pastu dia bawak kami pi satu stesyen bas, tempat semua peserta (ceewahh peserta) berkumpul. Rasanya semua ada la dalam 18 orang termasuk kami. Then, kami bergerak menuju ke Sungai Mekong. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Dalam perjalanan tu, kami punya tourist guide, Khank namanya, cerita la serba sedikit pasal Ho Chi Minh, pasal Sungai Mekong, pasal kehidupan rakyat tempatan dan banyak lagi sampai cheq terlena. Pastu bas berhenti sekejap dekat sebuah tokong Buddha. Maybe tokong tu besar dan cantik kot, so dia saja berhenti untuk para peserta ambik gambaq kenangan. So, kami berempat pon, ambik ja la gambaq buat syarat, bukan dengan niat nak mendewa-dewakan patung Buddha tu naa. Jangan salah paham.
Depan tokong Buddha. Ni ja gambaq yang ada.
Kemudian, kami sambung lagi perjalanan. Dalam bas tu la kami makan nasik lemak abang Qi Razali tu. Nikmatnya tidak terkata. Ahhhh... Hehehe. Dalam 20 minit lepas tu, sampai la kami dekat jeti Sungai Mekong. Dekat jeti Sungai Mekong ni turut dijual pelbagai jenis cenderamata. Kalau hampa nak beli, beli la dekat sini sebab harga dia lebih murah kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di Ben Thanh Market. Then semua pakat turun dari bas untuk naik feri. Dekat atas feri tu, mula la si Khank tu bercerita, Sungai Mekong ni panjangnya lebih kurang 5000km dan merentasi negara China, Myanmar, Thailand,
Laos, Kemboja dan Vietnam. Dekat situ ada 4 buah pulau iaitu Unicorn, Phoenix, Dragon
dan Tortoise. Pastu cheq dah tak ingat dah apa yang dia cerita lagi. Mula-mula sekali kami dibawa ke satu perkampungan yang ada pelbagai jenis buah-buahan. Dekat situ jugak ada menjual pelbagai jenis cenderamata. Tapi cheq tak tau la murah ka mahal sebab tak usha pon.
Dekat situ, kami dihidangkan dengan beberapa jenis buah-buahan tempatan. Sambil-sambil makan buah tu, kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari penduduk tempatan yang mengenakan pakaian tradisional Vietnam. Layannn...
Antara buah yang ada. Selebihnya dah berjaya dingap sebelum gambaq ni diambil.
Suasana di ketika itu....
Lepas dah habis makan buah-buah tu, kami dibawa berjalan kaki melalui beberapa kebun buah-buahan. Macam-macam hado. Berjalan tu tak lah jauh sangat, lebih kurang 5 minit ja. Tup tup sampai kat satu kawasan macam jeti kecil. Rupa-rupanya kami akan dibawa pula menaiki sampan kecik menyusuri denai dekat situ. Satu sampan boleh muat 4 orang dewasa, so, cukup la kami satu family. Ngam-ngam ja. Jadi, apa kata kita layan gambaq-gambaq ni dulu.
Berjalan-jalan tengok kebun buah-buahan depa.
Ni masa dok beratoq nak naik sampan. Mak cheq dah atuq siap-siap. Kakak duduk depan sekali, anje duduk no. 2, pastu mak, belakang sekali baru abang. Okay, baiklah mak... Hehehee...
Banyak gila sampan-sampan kecik dekat sini. Tapi yang terernya, depa langsung tak berlanggar antara satu sama lain.
Pengalaman baru. First time naik sampan seumur hidup. Hehehe
Yang hat belakang tu macam pandai ja dayung sampan.
Boleh tahan laju jugak depa dayung sampan ni. Feeling-feeling gadis Vietnam dengan topi tudung saji tu.
Setelah lebih kurang 10 minit dekat atas sampan tu, kami tiba dekat satu lagi kawasan. Dekat situ penduduk tempatan mengusahakan madu lebah. Jadi, kami dibawa untuk merasa teh madu yang tersangatlah mabeles. Dekat situ jugak, kami boleh mencuba untuk memegang sarang lebah. Ni pon antara pengalaman pertama cheq seumur hidup. Dekat situ jugak kita boleh bergambaq dengan ular sawa which is free of charge. Kalau dekat Malaysia selalunya kena bayaq kalau nak ambik gambaq dengan ular sawa batik.
Ni la dia teh madu yang mabeles tu. Teh campur madu campur asam limau. Perghhh...
Takot sebenaqnya dia ni. Buat-buat berani ja.
Hat ni yang betul-betul berani. Hehehe
Mak jugak yang cool.. Cayalah mak!
Sebenaqnya cheq bukan takot, cuma geli ja. Langsung cheq tak sentuh ulaq tu. This is also my first time.
Kemudian, kami naik semula ke feri untuk ke satu tempat yang lain pulak. Cheq rasa pulau yang lain pulak kot sebab macam jauh jugak jarak perjalanan dia. Sampai dekat satu tempat tu, kami kena turun dari feri untuk naik ke bot kecil pula. Rupanya kami dibawa untuk ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kami dijanjikan makanan halal. Menu kami tengah hari tu adalah sayur-sayuran dan ikan goreng. Ikan tu namanya "elephant ear fish" sebabnya ikan tu bentuk dia macam telinga gajah katanya. Tapi cheq tak nampak pon macam telinga gajah.
Dekat atas bot kecil. Rombongan kami kali ni terbahagi kepada dua kumpulan. Satu bot, 9 orang. Kiri kanan tu adalah pokok nipah.
Ni la menu tengah hari kami yang termasuk dalam harga pakej 9USD seorang.
Dah habis makan, kami dibawa pula ke satu tempat untuk naik kereta kuda. Part ni cheq macam tak berapa suka sebab kesian dekat kuda tu. Ada satu geng mat saleh tu langsung tak naik kereta kuda ni sebab depa pon kesian dekat kuda tu. Depa just jalan kaki ja. Satu kereta kuda boleh muat 4 orang dewasa. Rupanya kereta kuda ni akan bawak kami ke satu tempat penghasilan gula-gula kelapa. Dekat situ kita boleh belajar cara-cara nak buat gula-gula kelapa dan boleh jugak beli gula-gula tu kalau nak. Dekat tempat tu jugak ada jual cenderamata yang mostly dibuat daripada kayu.
Atas kereta kuda. Kudaku lari gagah berani....
Saja nak ambik gambaq pemandu kereta kuda ni.
Di tempat pembuatan gula-gula kelapa.
Antara cenderamata yang dijual.
Bersama Khank, tourist guide kami yang sporting.
Dah habis melawat kawasan, kami pon naik semula feri yang mula-mula kami naik tadi. Itu la tempat terakhir yang kami singgah. Kami kemudian dibawa balik semula ke jeti Sungai Mekong untuk naik bas dan bergerak pulang ke Bandar Ho Chi Minh. Lebih kurang pukul 5.30 petang kami sampai ke hotel. Terus solat jamak asar dan zohor. Pastu rehat kejap sebab lepas ni nak keluar cari makan. Lebih kurang pukul 7 macam tu, kami keluaq dari hotel menuju ke Malaysian Street. Untuk dinner hari kedua, kami memilih Restoran Musa Kariem sebab menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, restoran ni pun agak murah dan sedap makanan dia. Tapi bagi cheq, harga makanan di Restoran Halal Amin lebih murah.
Dinner time. Masing-masing kelaparan sebab berjalan jauh.
Ni ha Restoran Musa Kariem 1 Malaysia.
Lepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar Malaysian Street dan Pasar Malam Ben Thanh. Ada jugak shopping sikit-sikit malam ni. Dan yang paling penting, kalau hampa ke Vietnam, tak sah kalau hampa tak rasa kopi Vietnam. Yang ni benda paling tak boleh cheq lupa. Sedap gila kopi dia. Kami asyik dok ulang alik beli kopi ni sampai ada satu masa tu, dia bagi free satu kopi dekat kami. Hehehe.
Antara kedai yang kami singgah.
Seluaq yang Jep Sepahtu pakai, depa main longgok-longgok ja macam ni. Satu RM10. Boleh guna Ringgit Malaysia.
Al-kisahnya nak beli baju untuk orang yang badan sama besaq dengan dia ni. Maka beginilah jadinya.
Tudung Naelofar. 3 pasang RM50. Kalau Neelofa mai sini, tak tau la apa jadi.
Senyum lebaq dapat bergambaq dengan si penjual kopi yang cantik jelita.