Sunday, December 27, 2015

Precious Moment


Its actually not about the food, its about how it can bring a family to sit and enjoy their moment together. The precious moment that you cant buy anywhere.

Saturday, November 28, 2015

Salam Jumaat


Selamat pagi. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Jadilah kita manusia yang boleh memberikan manfaat kepada semua. Tak dapat banyak, sedikit pon jadi la.

Sedangkan pokok amra yg hidup segan mati tak mau ni pon masih boleh berbuah. Apatah lagi kita manusia yang dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah swt.

Sunday, November 15, 2015

Siapa Lebih Bodoh?


Kadang-kadang orang yang sabaq ja dengan perangai hang ni bukan sebab dia bodoh atau memang seorang yang penyabaq. Tapi dia saja nak tengok akai hang. Dia nak tengok sampai bila hang nak perbodohkan dia. Masa tu baru hang tau sapa lagi bodoh sebenaqnya.

*maaf, ayat mungkin kedengaran kasaq. But its only a loghat utara
*sila baca dengan nada lemah lembut
*saja nak mewakili perasaan orang-orang yang dok bersabaq tu
*pesanan untuk diri sendiri jugak
*gambar sekadar hiasan

Sunday, September 27, 2015

Happy Graduation Day

  

In the name of Allah, the most Compassionate and the Merciful.

Alhamdulillah and thanks to Almighty Allah S.W.T for giving me such ability and time to complete my Master's research. I would like to take this opportunity to express my profound sense of gratitude and respect to my supervisor, Dr. Nurul Izza Mohd Nor and my ex-supervisor, Dr. Neoh Siew Chin who guided me to complete this research as well as provide great ideas and technique to write a thesis. The supervision and support that they gave truly help the progression and smoothness of this research.

My grateful thank also goes to all Microelectronics Engineering lecturers especially my co-supervisors, Mrs. Bibi Nadia and Mrs. Hayati Sabani, who had given priceless guidance and constructive advice without hesitantly to me. A big contribution and hard worked from them during the research period is very great indeed. The research would be nothing without the enthusiasm and imagination from them.

Finally, I wish to acknowledge the support given by all my friends especially Miss Aida Fatehah Shukur, Miss Izatul Syafina, Mrs. Nor Alina Khairi and Mr. Wei Jer who always by my side through sorrow or joy.

Last and most importantly, sincere appreciation and deepest thanks to my dearest family who gave me moral support throughout these years. Only with their love and encouragement made this research possible.

To them I dedicate this thesis~

Thursday, September 24, 2015

Itinerary Bandung 4 Hari 3 Malam

Hai semua. Assalamualaikum. Apa habaq orang-orang kampung semua? Hari ni cheq nak share cheq punya travel itinerary masa dekat Bandung tempoh hari. Itinerery ni untuk 4 hari 3 malam cheq dekat sana bersama family cheq. Hopefully dapat sedikit sebanyak membantu sapa-sapa yang tengah merancang untuk bercuti dan bershopping dekat Bandung nanti.

Day 1. Jalan jauh. Penat tapi best.

Day 2. Hari untuk shopping saja. Syurga buat kaum wanita. 

Day 3. Jalan-jalan cuci mata.

Sunday, September 13, 2015

Jerebu Melanda


Di sana ribut pasir, di sini jerebu.
Semoga Allah sentiasa menjaga mereka yg di sana.
Dan semoga Dia turut melindungi kita yg di sini.

Tekak dah mula menunjukkan simptom2 mengalah dengan cuaca.
Keep fighting!
Allah berikanlah kesihatan yg baik kepada kami.

Monday, September 7, 2015

Percutian Bajet ke Bandung Part 5

Hai semua! Assalamualaikum. Alhamdulillah sempat jugak cheq menghabiskan ceritera pasal Bandung Trip part 4 hari tu. Kali ni dah masuk part 5 dah. Cheq tak mau drag ceritera ni terlalu panjang. Rasanya cukup la setakat part 5 ni saja. InsyaAllah cheq akan habiskan hari ni jugak. Hari ni adalah hari terakhir kami dekat Bandung. Dan hari ni jugak tak banyak aktiviti yang kami buat. Takot tak sempat pulak nanti. Hari ni kami keluaq lambat sikit. Dalam pukul 9.30 pagi, kami check-out dari hotel dan terus Pak Ujang bawak kami pi massage dekat Zen Family Spa & Reflexology. Almaklum lah, dah tiga hari asyik berjalan ja kan.. Badan dan kaki pon tau jugak penat. Tak salah pon sekali sekali nak manjakan badan kita. Hehehe.

Dah habis sesi spa menyepa, Pak Ujang tanya kami ada lagi tak nak shopping apa-apa? Sepantas kilat kami jawab ada lagi. Kami suruh Pak Ujang bawak kami pi Terminal Tas. Repeat sekali lagi sebab ada lagi benda nak beli. Selagi duet tak abes dan selagi ada masa, selagi itu lah kami akan menyoppingkan diri. Then, dalam pukul 1, Pak Ujang bawak kami pi Kartika Sari. Orang kata kalau mai Bandung wajib kena singgah Kartika Sari sebelum balik. Kat sini ada jual pelbagai jenis kek dan brownies. Keropok kerepek dan lain-lain makanan ringan pon turut dijual di sini. Rambang mata, tak tau nak pilih mana satu. Sudahnya, semua kita hangkut, ok. Kami borong banyak jugak dekat sini sampaikan terpaksa suruh pekerja dekat situ bungkus semua yang kami beli tu dalam kotak. 

Dah abes membeli dekat Kartika Sari, barulah Pak Ujang hantaq kami ke airport. Sebabnya flight kami pukul 4. So, ada masa lebih kurang 2 jam dekat airport. Solat pon dekat airport ja. Dan alhamdulillah, flight untuk balik ke KL pon tak delay. Semuanya berjalan dengan lancar. Percutian kali ni banyak habis duet untuk shopping ja la. Nama pon bercuti ke Bandung kan. Lepas ni nak pi tempat yang tak dak shopping-shopping lah. Sep sikit duet kita, wak! Jadi, cheq rasa cukup lah sekadar itu ceritera cheq pasal trip ke Bandung ni. Salah silap terkasaq bahasa, harap hampa sudi lah maafkan cheq naa. Nanti cheq post satu entry pasal itinerary kami dekat Bandung. Harap sabaq menanti naa. Ok lah, setakat itu dahulu. Sehingga berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang. Good bye. Assalamualaikum.

Nampak tak kotak Kartika Sari tu? Banyak gila kami beli.

Pi empat beg ja, balik-balik................... Mana mai tah semua beg-beg ni? 

Monday, August 24, 2015

Percutian Bajet ke Bandung Part 4

Assalamualaikum. Sihat ka semua. Semalam cheq ada post pasai Bandung Trip Part 3 kan? Ok hari ni cheq rajin sikit. So, mai cheq cerita pasai hari ketiga pulak kami dekat Bandung. Macam semalam jugak, room service akan mai hantaq makanan untuk sahur pada jam 4.30 pagi. Lepas makan, ada masa untuk sambung tidoq lagi (jangan tiru aksi merbahaya cheq ni). Hehhehe. Pagi tu, kami keluaq dari hotel pada jam 8 pagi. Tapi kali ni, bukan Mas Acong lagi yang jadi driver kami. Dia ada hal di luar kota katanya. Jadi, yang menggantikan Mas Acong adalah Pak Ujang. Pak Ujang ni, umur dia mungkin dalam lingkungan 40-an. Seorang yang lemah-lembut, agak pemalu. Tapi dia suka buat lawak. Asyik gelak ja kami dalam kereta bila dengaq dia dok bercerita pasai Bandung ni. 

Ok, first destination yang kami pi hari ni adalah Sari Ater Hot Spring. Tempat ni sesuai kalau hampa nak rendam-rendam kaki atau nak mandi ayaq panas. Ya la, dekat Bandung ni kan sejuk, so bila pi dekat kolam ayaq panas ni nikmatnya tak terucap dengan kata-kata. Hehehe. Tiket masuk, sorang RM9. Besaq kawasan dia, tapi kami tak habis explore pon. Ayaq panas kat sini adalah direct dari gunung berapi Tangkuban Perahu. Bukan pakai water heater naa. 

Cantik kolam-kolam kat sini.

Sari Ater Hot Spring. Sapa nak mandi boleh bawak baju salin.

Dah kecut habes kaki kami dok rendam kat sini, kami pon keluaq dari Sari Ater Hot Spring tu. Hajat di hati nak ke Pasar Terapung Lembang. Tapi on the way nak ke sana, Pak Ujang singgah dulu dekat Kilang Kopi Luwak. Kata orang this the best coffee in the world. Mahal gila harga kopi ni. Tapi alang-alang dah sampai, kami beli la jugak 100 gram. Berapa tah harganya, cheq dah lupa. Kalau tak silap RM60 kot. Dekat sini, depa akan terangkan apa itu kopi luwak atau kopi musang, kenapa dia mahai dan jugak khasiat dia. Depa jugak akan tunjukkan macam mana proses nak hasilkan kopi tu. Penerangan depa ni free of charge ja.  Kalau hampa tak mau beli kopi tu pon tak pa. Just singgah untuk gain your knowledge la. Kalau diikutkan setiap tetamu yang singgah situ boleh try rasa kopi luwak dekat situ, tapi disebabkan bulan puasa, maka terlepas la peluang kami nak merasa.

Ni haa khasiat kopi luwak.

Saja candid gambaq Pak Ujang. Hehehe.

Keluaq ja dari kilang tu, ada musang mana tah dok bertenggek atas kepala adik cheq.

Ok. Jom sambung perjalanan ke Pasar Terapung Lembang. Sepanjang jalan tu, viewnya subhanallah sangat cantik wei. Ada ladang teh, ada ladang kopi, ada ladang strawberry. Pak Ujang ada jugak stop kat tempat-tempat yang cantik untuk bagi peluang kami ambik gambaq. Tak lama lepas tu, kami pon sampai la di Pasar Terapung Lembang. Dekat sini pon tak best jugak bila pi time bulan puasa. Sebabnya dekat sini ada juai pelbagai jenis makanan tempatan yang agak menggugat keimanan kami. Nasib la kuat iman, kalau tidak...... (sila sambung sendiri). Untuk masuk ke sini, tiket dia sorang RM4.50. Ni cheq dah convert siap-siap tau, tak mau bagi hampa konpius. Sepatutnya, kita akan dapat minumam percuma dengan tiket kita tu. Tapi disebabkan puasa, so, biarkan ja la ayaq free itu di situ. Kami hanya menikmati pemandangan ja la dekat sini. Actually this place is quite big, kalau hampa tak larat nak jalan tu, tak boleh la nak explore seluruh kawasan ni.

Ala-ala Cameron Highland.

Ladang teh di sepanjang jalan.

Pasar Terapung Lembang.

My mom. 

Taman Kelinci ataupu Taman Arnab. Taman ni ada dalam Pasar Terapung tu. 

Token untuk beli makanan. Walaupun tak boleh makan, saja cheq gatai pi beli. Nak simpan buat kenang-kenangan.

Banyak jugak gerai yang tutup.

Setelah hampir sejam kami dekat Pasar Terapung, Pak Ujang bawak kami balik ke kota Bandung. Kami request Pak Ujang untuk bawak kami pi rumah kain yang semalam Mas Acong bawak kami tu. Sebabnya tetiba rasa macam nak tambah shopping lagi. Boleh pulak macam tu kan? Hehehe. Bila dah rasa tak mau shopping kain dah, kami singgah pulak ke sebuah toko perfume. Borong perfume dekat sini pulak. Last skali baru lah Pak Ujang bawak kami pi Toko Tiga. Dekat sini ada juai seluaq jeans jenama yang femes-femes macam Levi's tu. Harga kat sini jauh lebih murah dari harga dekat Malaysia. Kat Toko Tiga ni lah baru cheq tengok adik hero cheq bersemangat nak shopping. Rupanya selama ni dia boring la dok ikot kami shopping kain. Hahaha.. 

Toko Tiga. Tempat jual jeans murah-murah.

Dah dekat pukul 4.30, Pak Ujang bawak kami pi Pascal Food Market. Kat situ ada surau. So, kami solat dekat situ ja. Tapi harus diingat, kebanyakan surau dekat Bandung ni campur antara lelaki dengan wanita. Nasib baik la time kami solat tu tak dak orang. Dah selesai solat, kami pi usha nak makan apa. Kalau hampa nak tau, dekat Pascal Food Market ni ada 1001 jenis makanan dari makanan tempatan sampai la ke makanan western dan Jepun. Dekat sini, kami habis dalam RM60. Ambik tu sikit, ambik ni sikit jadi la RM60. Lepas buka puasa, kami jalan-jalan cuci mata dekat Paris Van Java pulak. Dah letih, baru balik ke bilik nak kemas-kemas barang sebab esok dah nak balik Malaysia.

Suasana open air dekat Pascal Food Market membuatkan kita merasa lebih santai.

Juadah berbuka. Chicken chop, chicken grill, satay padang, soto ayam, lagsana, chicken wing, takoyaki, pisang goreng cheese dan beberapa jenis makanan lagi. Total RM60. Murah tak? Alhamdulillah berjaya dihabisi.

Family photo :) 

Ok lah semua. Sebenaqnya cheq ada hal ni. Nak keluaq sat. Nanti cheq cerita pasai last day kami dekat Bandung naa. Salah silap harap dimaafkan. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.