Assalamualaikum. Apa habaq semua? Harap-harap hampa semua sehat-sehat lah noo. Sedaq tak sedaq dah masuk part 4 dah ceritera Medan Trip cheq ni. Rasanya hari ketiga dan keempat ni, tak banyak sangat kot aktiviti kami. Lebih kepada shopping ja la. Hehehe.. Ok, hari ketiga, kami check-out lambat skit dari Grand Orri Hotel tu. Sebabnya semua pakat letih gila, semalam kan berjalan seharian. Lebih kurang pukul 10 la baru check-out. Breakfast pun kami makan dalam kereta ja, makan roti yang dibeli dekat kedai Alfa Mart (lebih kurang macam seven-E kita laa). Hari ni, kami terus saja ke Medan. Dalam perjalanan tu, ada la nampak orang-orang kat sini bela kelawaq dalam sangkaq. Katanya, kelawaq tu untuk dimakan. Macam bela ayam gitu. Hampa nak ka? Kalau nak, boleh la try bila pi ke sana nanti.

Model-model Grand Orri Hotel.

Posing-posing dulu kat balcony sementara tunggu Tuan Puteri Atoi bersiap.

With Cik Aida, my bestfriend forever. Hopefully until Jannah, insyaAllah :)

Grand Orri Hotel dari balcony bilik cheq.

Ni la kelawaq yang cheq cerita tadi. Relaxx ja depa dalam tu. Ni first time cheq tengok kelawaq sedekat macam ni. Real beb!
Disebabkan jalan agak jammed, maka Pak Fadly bawak kami ikot jalan shortcut. Yang lawaknya dia sendiri baru first time lalu jalan tu. Dalam masa 2 jam dah sampai Medan. Plan asal, nak ke Istana Maimun. Tapi sayangnya time tu Istana Maimun lagi ada acara walimahnya. Maksudnya, ada orang guna Istana Maimun tu untuk majlis apa tah. Kenduri kawen kot. Kelas kau, Jah. Kenduri buat kat istana tuu. Kau hado? Jadi, tak dapat la kami masok ke dalam Istana Maimun. Dapat ambik gambaq dari luaq ja la. Pakat gheyau semuanya. Gheyau tu nanges ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Naseb la ada Pak Fadly yang menenangkan kami especially si Shikin. Maka, kami terus ja ke kedai yang jual kain-kain & telekung-telekung semua tu. Nampak ja kedai kain tu, mata semua terbeliak mulut ternganga, hati melonjak kegirangan. Tangan dok pegang pintu keta dah, kaki pulak tak sabaq nak turun. Besa la, orang pompuan kalau jumpa tempat shopping, mula la datang sindrom down dia tu. Menurut Pak Fadly, kat sini kain-kain dia lebih berkualiti daripada yang dijual dekat Pasar Ikan dan Pusat Pasar semua tu. So, kami pon membeli belah la di sini. Dan memang betoi pon bila kami compare, memang berbeza kualiti dia. Nasib dah beli kat sini siap-siap. Boleh tahan murah jugak harga dia, tapi tak boleh lawan dengan Bandung la. Cheq rasa best shopping dekat Bandung lagi. Shikin dengan Aida la yang paling banyak shopping kat sini. Habes berjuta. Sakan depa!

Bergambaq depan Istana Maimun. Sayang tak boleh masuk. Gheyau sat.

Lepas gheyau, happy balik bila Pak Fadly bawak pi shopping. Shikin bukan main sakan dok pilih kain. Heee~

Lepas shopping tak hengat, gheyau balik sebab duet tinggai sikit. Huuu~
Dah abes shopping, perut bukan main rancak dok berdangdut + rock jadi rockdut. So, kami pon pi makan. Kali ni makan makanan khas Sunda pulak di Restoran Koki Sunda. Sedap weii. Cheq memang suka dengan makanan Sunda ni. Jatuh hati dengan masakan depa sejak pi Bandung tahun lepas. Menu yang kami order, ikan gurami kipas, ayam pandan, kailan sapi (daging lembu), tempe goreng dan jamur goreng (cendawan goreng). Pastu dapat rojak buah free. Sambalnya enak ya ampunn. Habis licin kami sapu. Kecuali Shikin. Dia kalau makan, memang dah menjadi tabiat untuk tinggalkan sisa walaupon sedikit. Tak tau la dia tinggai tu untuk sapa, untuk jin dia la kot. Hehehehe.. Sori Shikin, cheq gurau-gurau manja naa. Total makan kat sini Rp240,000, lebih kurang RM70 untuk 5 orang makan. Ok la, not bad. Lagipon tengok suasana restoran ni, boleh tahan high class jugak. Sesekali makan kat tempat cenggini apa salahnya kann?

Rasa lapaq pulak bila tengok balik gambaq ni.

Somebody help me!! I kenottt.... I kenot see this..!

Masing-masing kelaparan. Habes licin semua kami bedal.
Dah abes makan, singgah pulak ke Kedai Bika Ambon. Orang kata kalau ke Medan, tak bawak balik bika ambon atau kek lapis, ibarat macam mandi tak gosok gigi. Hehehe. Dekat kedai ni, kami order ja dulu apa yang kami nak, esok pagi depa akan hantaq ke hotel. Kiranya macam fresh from the oven laa.. Giteww~ After that only we stop at Masjid Agung untuk solat. Lepas solat, jalan kaki dari Masjid Agung ke Sun Plaza. Jalan tak sampai 5 minit pon sebabnya Sun Plaza tu betul-betul dekat sebelah Masjid Agung tu. Dalam Sun Plaza tu ada Sogo tau. Ingat Malaysia ja ada Sogo? Medan pon ada hokayy. Dekat Sogo tu, kami cuma jalan-jalan cuci mata ja. Tak dak apa yang menarik pon untuk dibeli

Jalan-jalan habiskan masa. Sambil-sambil tengok gelagat manusia. Manusia pulak dok tengok gelagat kami.

Konon-konon tersesat jalan, tengok waze. Padahal sebelah tu ja pon. Ini semua poyo!

Gilos semuanya. Tapi hat gilos-gilos ni la yang cheq rindu. Hee~

Betor. Beca + motor. Teringin nak naik, tapi tak kesampaian.
Dah penat berjalan dekat Sogo, kami pun keluaq dari Sogo tu. Time tu waktu dah nak masuk maghrib. So, Pak fadly pun terus bawak kami ke Wisma Sederhana Budget Hotel untuk check-in. Malam nya kami makan dekat gerai-gerai area hotel tu jugak. Cheq makan satay kerang, boleh tahan sedap jugak la. Tapi dinasihatkan jangan la hampa dok order nasik goreng kat sini. Tak sedap langsung. Nasik goreng dekat Sapadia Cottage tu ja yang sedap pon. Satu lagi cheq nak pesan, kalau jalan dekat sini kena hati-hati dan buat-buat macam berani. Jangan nampak macam takut-takut. Beg tu kalau boleh letak la kat depan dan sentiasa pegang. Dah setel makan, balik bilik, kemas-kemas apa yang patut pastu gosip-gosip sampai la terlena semuanya. Waa indahnya masa ni. Esoknya lepas check-out, kami pi shopping buat kali yang terakhir. Last day ni, kami pi Pusat Pasar dekat belakang Medan Mall untuk beli keropok belinjau. Banyak jugak la cheq borong dekat sini. Ya la, nak bagi kat sedara mara sahabat handai jiran tetangga kat Malaysia nu haa.

Di pusat pasar. Lebih kurang macam Padang Besaq la suasana dia.
Ok, dah abes memborong dekat Pusat Pasar ni, kami round-round Medan Mall pulak. Kat sini pun ada jugak jual baju, telekung, kain, t-shirt Medan. Tapi dekat sini cheq "cuma" beli 2 helai kemeja nak pi gheja dengan 4 botoi perfume. Haa, cuma hokayy, cuma. Tapi dekat sini ada kejadian yang menyayat hati sikit. Alkisahnya kerana kesuntukan masa, maka kami berempat split la kepada dua kumpulan. Cheq dengan Aida pi cari kemeja. Atoi and Shikin pulak pi cari tshirt Medan. Nak dijadikan cerita, cheq dengan Aida yang habes dulu. Then, kami bagitau la Atoi dan Shikin yang kami nak pi simpan dan kemas barang dekat kereta dulu sebab dah lewat. Kami suruh depa cepat sikit takot terlambat nak ke airport dan kami tunggu dekat kereta ja. Tunggu punya tunggu, Atoi dengan Shikin tak muncul-muncul lagi. Dekat tempat parking tu, kami siap boleh makan mee sedap goreng lagi yang Pak Fadly bungkuskan untuk kami. Pastu tiba-tiba Atoi muncul sorang-sorang dia dalam keadaan panik termengah-mengah. Berlari-larian dia mai kat kami. Rupanya si Shikin boleh pulak hilang dalam Medan Mall tu. Adoii.. Dah la dah lewat, boleh pulak dia hilang. Nak contact pon tak boleh sebab masing-masing tak dak data. Sudahnya cheq dengan Aida la yang masok balik dalam Medan Mall tu untuk cari Shikin sementara Atoi kemas barang-barang dia dekat dalam kereta. Cari punya cari tak jumpa jugak. Dalam kepala cheq dah tercetus idea nak buat announcement budak hilang dah. Tiba-tiba terdengaq satu sora dok panggil kami. Kalih-kalih tengok Shikin dok lari-lari mai kat kami. Fuhhh lega rasa.
Balik ja kat kereta, Shikin dengan Atoi dok bergaduh dua orang depa. Semuanya sebab salah paham ja. Tak dak sapa yang bersalah pon. Tapi lantak pi kat hampa lah. Janji Shikin dah selamat ditemui. Kalau tak tinggai la Shikin dengan Pak Fadly kat Medan. Kami nak balik... Hahahha.. Shikin... Shikin... Hang ni buat lawak la. Punya shopping sampai hilang. Buas sungguh. Bikin kami cuak ja. Apapun terima kasih la kepada Pak Fadly yang sanggup melayan kerenah kami ni. Cheq memang takkan lupa pasai kejadian ni. Rasa macam nak luruh jantung bila dapat tau Shikin hilang. Ya la, Medan Mall ni bukannya kecik weii. Dah la tempat orang. Buatnya depa kidnap si Shikin tu, tak ka naya kami nak menjawab dengan family dia. Huii mintak simpang laa. Tapi bila cheq dok terkenang-kenang balik, rasa lawak pulak. Hehehehe

Borong perfume dekat Medan Mall. Murah-murah.
Dah abes menyopping dan menghabeskan duet dekat sini, terus kami menghala ke airport sebab dah nak balik. Tapi sebelum sampai airport harus la isi perut dulu ya tak? Singgah lah kami di Ayam Penyet Cindelaras. Seriously, rasanya ni la ayam penyet paling sedap pernah cheq makan. Ayam dia rangup di luaq, lembut di dalam. Tapi sambelnya pedas ya ampunnn. Menangeh tak berlagu cheq kat situ. Selain nasik ayam penyet, kami ada jugak order ikan gurami bakar. Pon maveles ikannya. Kalau hampa mai Medan try la singgah kat sini. Tak rugi weii cheq habaq kat hampa. Murah ja makanan dia. Total makan kat sini, Rp135,000 ja bersamaan RM40 sahaja untuk 5 orang makan. Murah kan? Alhamdulillah rejeki.

Nyum-nyum. Sedap gila weii. Gila pon tak sedap macam ni!

Harga semurah tu, siap dapat ayaq ni lagi. Strawberry blended & vanilla blended. Hat biru tu vanilla hokayy.

Gambaq terakhir dengan Pak Fadly yang sporting.
Dah selesai makan, tibalah saatnya untuk berpisah. Perjalanan 4 hari 3 malam Medan - Permatang Siantar - Parapat - Danau Toba - Pulau Samosir - Parapat - Simarjarunjung - Air Terjun Si Piso-piso - Bukit Gundaling - Berastagi - Medan selesai sudah. Beg dan kotak pun dah beranak-pinak. Dekat airport, beg Aida yang hand carry punya hampir-hampir kantoi. Terlebih muatan daa. Naseb baik beg kami hat lain ni boleh sumbat lagi. Flight ke Penang alhamdulillah tak delay. Dalam pukul 9.30 malam kami selamat tiba di Penang. Tapi ada krisis sket dengan pakcik kastam yang...... Erghh malas lah cheq nak cerita. Buat hangat hati cheq ja. Oh yaa.. Misi mencari cinta tak tercapai. Ingat kan nak terjatuh cinta dengan mamat yang kami jumpa dekat Air Terjun Si Piso-piso tu. Rupanya tak dak perasaan apa pon. Cheq cuma jatuh cinta dengan keindahan alam dan makanan dia saja. Hehehe. Tak pa lah, apa yang penting, we had a great time in Medan. Seronok seronok seronok. Nanti nak plan pi tempat lain pulak. Tapi percutian yang bajet-bajet ja la. Semoga dimurahkan rezeki kita semua. Balik Malaysia, semua pakat bawak haluan sendiri. Kembali pada tugas masing-masing. Apapun, we will never far apart in our heart. Ye dok? Miss you all girls! Yang penting, kita enjoy! Ok lah noo. Cheq harap sapa yang baca entry-entry cheq ni, dapat la sedikit sebanyak input yang berguna untuk hampa. Salah silap harap dimaafkan naa. Bulan depan, insyaAllah cheq akan ke Vietnam pulak dengan family cheq. Sehingga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. Assalamualaikum.

Beg dah beranak-pinak.

Masing-masing muka keletihan tapi masih mampu tersenyum gumbira. Weee~
Pautan: