Saturday, September 24, 2016

Sungguh Tak Ku Sangka...

Ku sangka gelap rupanya kelam,
Kelam-kelam titi berlumut;
Ku sangka senyap rupanya diam,
Diam-diam hati berparut.

Bukan mimpi sebarang mimpi,
Mimpi si gadis di siang hari;
Bukan hati sebarang hati,
Hati menangis seorang diri.

Dalam pantun ada seloka,
Dalam nada ada irama;
Dalam senyum ada derita,
Dalam ketawa ada kecewa.

*Selamat beristirehat warga dunia.

Harga Sebuah Masa



Walau kau seorang engineer, doctor, lawyer, 
Walau kau lecturer, businessman, dato sri, tan sri
Walau kau seorang ustaz ustazah
Bahkan si pencipta jam sekali pun
Walau semahal mana jam yang kau pakai dengan bangga
Belum tentu kau dapat menepati masa.

Kerana masa itu,
Terlampau mahal harganya.

#hargailahmasa

Friday, September 16, 2016

Ikhlas

Ikhlas tu, selalu lambat datangnya. Bermula dengan paksaan. Kemudian diikuti dengan redha. Lama-lama baru lah ikhlas akan mula menyapa. Masa tu, buat apa pun senyum jaa... Sebab hati dah ikhlas 

Ikhlas itu bukannya datang sendiri.
Ikhlas itu perlu dicari.
Ikhlas dipupuk serta dididik di dalam diri.
Ikhlaslah selalu dalam berbakti.

#selamatmalamsahabat