Hentikan sebentar masa ini
Biar aku nikmati saat ini
Biar aku terkaku di sini
Biar aku melompat lebih tinggi
Biar aku tak berpijak di bumi.
Hentikan sebentar masa ini
Aku tak ingin bangun dari realiti
Aku tak ingin berhenti bermimpi
Aku takut ditinggal-sepi
Aku takut esok tiada lagi.
Hentikan sebentar masa ini
Aku belum bersedia untuk pergi
Aku masih mahu tetap di sini. .
:: Nur Afifah Ismail ::
:: 20-10-2017 ::
Aku rindu.
ReplyDeleteRindu pada seorang sahabat.
Rindu pada penulis blog ini.
Rindu yang tidak tahu cara mana untuk aku sampaikan hajat, isi hati.
Bila rindu aku buka kisahmu ini.
Seperti engkau tengah berkongsi cerita dengan aku.
Sebab ruang dan peluang untuk kita berbicara sudah engkau tutup serapatnya.
Hanya kepadaNYA tempat aku mengadu .. wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.
Sahabat, sungguh aku rindu padamu.
-29/11/22 3.07am-