Sunday, December 27, 2015

Precious Moment


Its actually not about the food, its about how it can bring a family to sit and enjoy their moment together. The precious moment that you cant buy anywhere.

Saturday, November 28, 2015

Salam Jumaat


Selamat pagi. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Jadilah kita manusia yang boleh memberikan manfaat kepada semua. Tak dapat banyak, sedikit pon jadi la.

Sedangkan pokok amra yg hidup segan mati tak mau ni pon masih boleh berbuah. Apatah lagi kita manusia yang dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah swt.

Sunday, November 15, 2015

Siapa Lebih Bodoh?


Kadang-kadang orang yang sabaq ja dengan perangai hang ni bukan sebab dia bodoh atau memang seorang yang penyabaq. Tapi dia saja nak tengok akai hang. Dia nak tengok sampai bila hang nak perbodohkan dia. Masa tu baru hang tau sapa lagi bodoh sebenaqnya.

*maaf, ayat mungkin kedengaran kasaq. But its only a loghat utara
*sila baca dengan nada lemah lembut
*saja nak mewakili perasaan orang-orang yang dok bersabaq tu
*pesanan untuk diri sendiri jugak
*gambar sekadar hiasan

Sunday, September 27, 2015

Happy Graduation Day

  

In the name of Allah, the most Compassionate and the Merciful.

Alhamdulillah and thanks to Almighty Allah S.W.T for giving me such ability and time to complete my Master's research. I would like to take this opportunity to express my profound sense of gratitude and respect to my supervisor, Dr. Nurul Izza Mohd Nor and my ex-supervisor, Dr. Neoh Siew Chin who guided me to complete this research as well as provide great ideas and technique to write a thesis. The supervision and support that they gave truly help the progression and smoothness of this research.

My grateful thank also goes to all Microelectronics Engineering lecturers especially my co-supervisors, Mrs. Bibi Nadia and Mrs. Hayati Sabani, who had given priceless guidance and constructive advice without hesitantly to me. A big contribution and hard worked from them during the research period is very great indeed. The research would be nothing without the enthusiasm and imagination from them.

Finally, I wish to acknowledge the support given by all my friends especially Miss Aida Fatehah Shukur, Miss Izatul Syafina, Mrs. Nor Alina Khairi and Mr. Wei Jer who always by my side through sorrow or joy.

Last and most importantly, sincere appreciation and deepest thanks to my dearest family who gave me moral support throughout these years. Only with their love and encouragement made this research possible.

To them I dedicate this thesis~

Thursday, September 24, 2015

Itinerary Bandung 4 Hari 3 Malam

Hai semua. Assalamualaikum. Apa habaq orang-orang kampung semua? Hari ni cheq nak share cheq punya travel itinerary masa dekat Bandung tempoh hari. Itinerery ni untuk 4 hari 3 malam cheq dekat sana bersama family cheq. Hopefully dapat sedikit sebanyak membantu sapa-sapa yang tengah merancang untuk bercuti dan bershopping dekat Bandung nanti.

Day 1. Jalan jauh. Penat tapi best.

Day 2. Hari untuk shopping saja. Syurga buat kaum wanita. 

Day 3. Jalan-jalan cuci mata.

Sunday, September 13, 2015

Jerebu Melanda


Di sana ribut pasir, di sini jerebu.
Semoga Allah sentiasa menjaga mereka yg di sana.
Dan semoga Dia turut melindungi kita yg di sini.

Tekak dah mula menunjukkan simptom2 mengalah dengan cuaca.
Keep fighting!
Allah berikanlah kesihatan yg baik kepada kami.

Monday, September 7, 2015

Percutian Bajet ke Bandung Part 5

Hai semua! Assalamualaikum. Alhamdulillah sempat jugak cheq menghabiskan ceritera pasal Bandung Trip part 4 hari tu. Kali ni dah masuk part 5 dah. Cheq tak mau drag ceritera ni terlalu panjang. Rasanya cukup la setakat part 5 ni saja. InsyaAllah cheq akan habiskan hari ni jugak. Hari ni adalah hari terakhir kami dekat Bandung. Dan hari ni jugak tak banyak aktiviti yang kami buat. Takot tak sempat pulak nanti. Hari ni kami keluaq lambat sikit. Dalam pukul 9.30 pagi, kami check-out dari hotel dan terus Pak Ujang bawak kami pi massage dekat Zen Family Spa & Reflexology. Almaklum lah, dah tiga hari asyik berjalan ja kan.. Badan dan kaki pon tau jugak penat. Tak salah pon sekali sekali nak manjakan badan kita. Hehehe.

Dah habis sesi spa menyepa, Pak Ujang tanya kami ada lagi tak nak shopping apa-apa? Sepantas kilat kami jawab ada lagi. Kami suruh Pak Ujang bawak kami pi Terminal Tas. Repeat sekali lagi sebab ada lagi benda nak beli. Selagi duet tak abes dan selagi ada masa, selagi itu lah kami akan menyoppingkan diri. Then, dalam pukul 1, Pak Ujang bawak kami pi Kartika Sari. Orang kata kalau mai Bandung wajib kena singgah Kartika Sari sebelum balik. Kat sini ada jual pelbagai jenis kek dan brownies. Keropok kerepek dan lain-lain makanan ringan pon turut dijual di sini. Rambang mata, tak tau nak pilih mana satu. Sudahnya, semua kita hangkut, ok. Kami borong banyak jugak dekat sini sampaikan terpaksa suruh pekerja dekat situ bungkus semua yang kami beli tu dalam kotak. 

Dah abes membeli dekat Kartika Sari, barulah Pak Ujang hantaq kami ke airport. Sebabnya flight kami pukul 4. So, ada masa lebih kurang 2 jam dekat airport. Solat pon dekat airport ja. Dan alhamdulillah, flight untuk balik ke KL pon tak delay. Semuanya berjalan dengan lancar. Percutian kali ni banyak habis duet untuk shopping ja la. Nama pon bercuti ke Bandung kan. Lepas ni nak pi tempat yang tak dak shopping-shopping lah. Sep sikit duet kita, wak! Jadi, cheq rasa cukup lah sekadar itu ceritera cheq pasal trip ke Bandung ni. Salah silap terkasaq bahasa, harap hampa sudi lah maafkan cheq naa. Nanti cheq post satu entry pasal itinerary kami dekat Bandung. Harap sabaq menanti naa. Ok lah, setakat itu dahulu. Sehingga berjumpa lagi dalam post-post yang akan datang. Good bye. Assalamualaikum.

Nampak tak kotak Kartika Sari tu? Banyak gila kami beli.

Pi empat beg ja, balik-balik................... Mana mai tah semua beg-beg ni?