Saturday, April 9, 2016

Doa Rabithah



اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مُحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا
وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلأَهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَيَخْبُوا
وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ

Ya Allah,
Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman.

Wednesday, April 6, 2016

Tudung Oh Tudung!


Saya seorang wanita.
Saya pakai tudung kanggaroo yang berharga RM7 saja dan dibeli di pasar malam.
Saya tak suka berebut-rebut untuk beli tudung yang harganya boleh beli 2 gram emas.
Saya tidak membazir.
Membazir amalan syaitonirrojim.
Saya pakai tudung bukan untuk berfesyen ataupun menunjuk-nunjuk.
Jadilah seperti saya.

#jangankecamsaya

Sunday, April 3, 2016

Pandang Sejenak ke Belakang



Sesekali kita perlu melihat sejenak ke belakang supaya kita lebih mengenali diri dan lebih peka akan kelemahan, kekuatan, kelebihan, kekurangan yang ada pada diri kita. Pandanglah sejenak ke belakang. Yang elok jadikan inspirasi, yang buruk jadikan motivasi. Ke arah menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan.

Thursday, March 10, 2016

Gurindam Jiwa


Terbang lah wahai jiwa
Terokai angan dan mimpimu
Hanya di situ ada bahagia
Yang di sini semuanya palsu.

Saturday, March 5, 2016

Warna-warna Kehidupan















Warna-warna kehidupan
Ada terang ada suram
Derita takkan berpanjangan
Bahagia tak juga berkekalan
Suka duka datang bergantian.

Usia dilalui cuma seketika
Nikmat Allah pinjaman sementara
Sampai masa, kembali padaNya

Saturday, February 27, 2016

Lorong-lorong Sepi


Akan ada di suatu ketika, kita akan melalui lorong-lorong sepi di persimpangan jalan yang bernama kehidupan. Tetap lah berjalan di lorong itu. Meski ia sunyi, meski ia sepi. Kerana di hujungnya pasti ada sesuatu yang indah menantimu.

Tuesday, February 9, 2016

Keep Smiling


Keep smiling, even you're already tired of everything. Because people will never care for your tears.