Sunday, April 24, 2016

Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 2

Horas! Assalamualaikum semua. Sambungan dari Medan trip Part 1. Sebelum ni cheq dah cerita pasai tiket flight, supir dan hotel kan? Untuk part kali ni cheq nak cerita pulak pasai hari pertama kami di Medan. Alhamdulillah, flight kami yang dijadualkan terbang pukul 12.45 tengah hari tak delay. Memang on time la. Pukul 11 tu kami dah berkumpul kat Airport Penang. Tunggu tak lama pon, dia dah suruh masok. Tepat jam 12.45 dah gerak. Dan kami sampai dekat Airport Kualanamu dalam jam 12.30 waktu Indonesia.

Hampa mesti tertanya-tanya kan awat cheq bawak milo? Sebabnya Pak Fadly yang request begitu. Milo kat sana tak sedap katanya. Huhuhuu...

Masa ni dok tengah beratoq nak masuk ke dalam flight. Muka semua excited.

Sempat la ambik 12 keping gambaq dulu sebelom masok ke dalam flight :P

Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. Macam tu lah tajuk lagunya.

Hat ni benda wajib setiap kali naik flight. Baru nampak macam nak pi travel jauh kann... Konon macam jauh sangat Medan tu.
  
Untuk makluman hampa, waktu Indonesia, lambat satu jam dari Malaysia. Dan masa perjalanan dari Penang ke Medan hanyalah setengah jam saja lebih kurang. Seat pon tak dan panaih. Sesampai ja kat airport tu, setel urusan kat imigresen semua, pukul 1 jugak la kami jumpa dengan Pak Fadly, supir kami sepanjang di Medan. Orangnya sangat peramah dan mesra. Kami pon tak da la rasa segan sangat dengan dia ni.

Kualanamu International Airport. Bukti kami dah sampai. Yihaaa......

Disebabkan sebelum fly tu kami dah ambik heavy breakfast dekat kedai mamak, makanya, perjalanan diteruskan dulu ke Permatang Siantar. Dari Airport ke Permatang Siantar ambik masa dekat 3 jam jugak la disebabkan keadaan jalan yang sangat macet. Macet tu maksudnya jammed laa. Dekat Indonesia ni, pemandu depa memang suka bunyikan hon. So, memang sepanjang perjalanan tu dok dengaq bunyi hon ja la. Dan satu lagi depa suka cilok-mencilok antara satu sama lain sampaikan si Atoi tak abes-abes dok menjerit dalam keta tu sebab seriau. Cheq pulak memang dah pernah mengalami suasana macam tu masa dekat Bandung dulu, so tak da la nak seriau sangat. Sebab cheq tau, walaupon depa bawak macam orang gila, tapi jarang sangat ada accident. Sampai ja dekat Permatang Siantar, Pak Fadly bawak kami makan nasik dengan burung puyuh goreng, tempe, begedil dan beberapa jenis lauk lagi. Banyak sangat, cheq pon dah tak ingat. Abes licin cheq makan. Tak tau la sebab sedap ka ataupon dah lapaq time tu. Total makan untuk 5 orang hanyalah Rp84,000. Lebih kurang RM25 la kalau convert ke duit Malaysia. Murah kan? Kat situ jugak kami solat jamak sebelum teruskan perjalanan.

Ni la restoran burung goreng tu. 

 Bersama Pak Julfadly.

Muka-muka yang kelaparan setelah mengharungi perjalanan yang mendebarkan, penuh dengan aksi-aksi merbahaya hampir 3 jam.

Lepas dah selesai makan dan solat, Pak Fadly bawak kami ke kedai Paten pulak. Kat sini, depa juai pelbagai jenis makanan ringan yang diperbuat daripada kekacang. Nama setiap jenis pun unik. Tang-tang, ting-ting, tung-tung, teng-teng, tong-tong. Semua ada. Cheq beli la jugak satu jenis. Alang-alang dah sampai kann. Then lepas tu baru lah kami gerak ke Parapat. Sepanjang jalan tu, boleh jumpa banyak gereja sebab rata-rata penduduk kat sini berbangsa Batak dan beragama Kristian. Babi dan anjing panggang pun banyak depa juai kat tepi-tepi jalan. Meriah wei..!

 Kat depan kedai Paten.

Ok, dalam pukul 7 malam macam tu, kami pon sampai la ke Parapat. Time tu dah masuk waktu maghrib dah pun. Jadi, kami pun terus ja ke Sapadia Cottage. Check-in dah rehat. Penat gila rasa, macam cheq pulak yang drive. Malamnya tak keluaq makan dah sebab masih kenyang. Ya la, kami makan nasik tadi pun dah dekat pukul 4 dah. So malam tu just makan ja bekai yang kami bawak dari Penaang. Ok lah noo. Tamat sudah perjalanan hari pertama. To be continue to the next episode. Tata titi tutuuuu....


Pautan:
Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 4

Friday, April 22, 2016

Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 1

Assalamualaikum. Hari ni saja nak share pasal trip ke Medan 14-17 April 2016 yang lalu. Actually dah setahun tau cheq book flight ticket ni. Book masa Air Asia buat promo free seat tu. Punya la nak berjimat kann, sanggup tunggu setahun. Tapi berbaloi la sebab sorang RM93 ja pergi dan balik PENANG-KUALANAMU-PENANG. Trip kali ni 4 hari 3 malam. Cheq pi dengan geng-geng cheq masa dekat U dulu, 4 orang semuanya termasok cheq. Kira geng paling kamceng laa. Orang kata, 4 orang ni is the perfect number to travel. Tak ramai sangat and tak sikit sangat. Just nice :) Satu lagi yang bestnya semua still single and available. So hat mana berkenan boleh la pilih sorang satu. *Sempat lagi promo. Hehehehe. So, entry cheq kali ni specially dedicated untuk sahabat-sahabat dunia akhirat cheq ni la okay. Percutian kali ni jugak membawa satu misi yang penting iaitu misi mencari cinta. Kalau hampa nak tau tercapai ka dak misi cheq kali ni, hampa kena la baca sampai habis. Hampa baca naa.

Oklah. Back to the story. Tiket dah cerita, sekarang nak cerita pasal supir pulak. 4 bulan before fly, cheq ada la dok google pasai supir ni. Tengok semuanya macam mahai ja. Tanpa berputus asa, cheq terus mencari dan akhirnya terjumpa la satu contact number pak supir ni. Nama dia Pak Julfadly. Harga yang dia bagi memang murah la berbanding dengan supir-supir lain yang cheq tanya. Sebab tu la cheq deal dengan Pak Fadly ni. So, kalau hampa yang nak pi medan tu boleh la try runding harga dengan Pak Fadly. No phone dia, +6281376455045. Bilang saja nama Mbak Afifah. Pasti dikasi-in diskonnya. Hehehe.. Servis pon terbaik dan puas hati. Hampa jugak boleh ambik full package dengan Pak Fadly ni, kiranya termasok hotel dan makan la. Tapi hari tu, cheq ambik transport and supir ja. Makan dan hotel cheq cari sendiri.

Orait, skarang kita move ke next cerita. Berkenaan hotel pulak. Memandangkan jarak antara tempat-tempat yang kami pi agak jauh, so hotel pon lain-lain setiap malam. Hari first, kami pi Parapat dulu. So dekat parapat tu, cheq book Sapadia Hotel & Cottage Parapat. Kami ambik 1 cottage, harga dia RM200, including breakfast. Sedap pulak tu breakfastnya. Cottage ni sangat cantik hokayy! Sapa yang suka ambik gambaq tu, boleh la fefeeling kat sini.

Kat belakang tu haa cottage nya. Yang kaler kuning tu. Ada 3 tingkat.

Boleh nampak view Danau Toba dari sini.

Model-model Sapadia Hotel & Cottage. Memperkenalkan, dari kiri: Cheq, Atoi, Shikin dan Aida. Hampa berkenan hat mana satu? Kikikii...

Hari kedua pulak kami pi Berastagi. So, cheq book la Grand Orri Hotel and Convention. Cheq ambik 2 standard room. Harga 1 bilik RM110. Tapi harga ni tak termasok breakfast. So kami makan roti ja la pagi tu. Apa ada hal? Janji kenyang dan suka hati. Tak gitu? Hehehe..

View dari balcony bilik cheq

Tiga dara pingitan. Hahahaa

Santai-santai selfi-selfi dulu kat balcony

Alrite, hari ketiga kami balik semula ke Medan. Dekat Medan, kami duduk hotel bajet ja. Cheq book Wisma Sederhana Budget Hotel. Tengok nama pon dah tau kan betapa sederhana nya hotel ni. Hehehe.. 1 bilik untuk family harga dia RM110 termasuk breakfast. Ok la kann. Tapi, kami tak makan pon breakfast sebab tengok dalam menu list tu dia ada hidangkan beer. So, sebab was-was, kami pon makan roti ja. Gambaq kat Wismaa sederhana tak sempat nak snap sebab masing-masing dah terlalu penat. Apa yang boleh cheq komen, hotel ni dekat luaq nampak buruk, tapi dalam bilik ok la, agak besaq ruang dia. Untuk pengetahuan hampa, semua hotel ni cheq booking dekat Agoda ja. Senang cerita. So, total perbelanjaan kami berempat untuk supir + kereta innova + hotel 4 hari 3 malam adalah RM330 seorang. Price ni tak termasok makan dan tiket flight ok.

Hmmm dah penat cerita bab tiket, supir dan hotel, nanti la naa cheq sambung cerita perjalanan kami selama 4 hari 3 malam tu. Penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan! Ceeewahh.. Tak da lah. Gurau ja. Sehingga bertemu lagi di episod yang seterusnya. Horas!

Pautan:
Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 1
Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 2
Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 3
Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 4

Saturday, April 9, 2016

Doa Rabithah



اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مُحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا
وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلأَهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَيَخْبُوا
وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ

Ya Allah,
Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman.

Wednesday, April 6, 2016

Tudung Oh Tudung!


Saya seorang wanita.
Saya pakai tudung kanggaroo yang berharga RM7 saja dan dibeli di pasar malam.
Saya tak suka berebut-rebut untuk beli tudung yang harganya boleh beli 2 gram emas.
Saya tidak membazir.
Membazir amalan syaitonirrojim.
Saya pakai tudung bukan untuk berfesyen ataupun menunjuk-nunjuk.
Jadilah seperti saya.

#jangankecamsaya