Horas! Assalamualaikum semua. Sambungan dari Medan trip Part 1. Sebelum ni cheq dah cerita pasai tiket flight, supir dan hotel kan? Untuk part kali ni cheq nak cerita pulak pasai hari pertama kami di Medan. Alhamdulillah, flight kami yang dijadualkan terbang pukul 12.45 tengah hari tak delay. Memang on time la. Pukul 11 tu kami dah berkumpul kat Airport Penang. Tunggu tak lama pon, dia dah suruh masok. Tepat jam 12.45 dah gerak. Dan kami sampai dekat Airport Kualanamu dalam jam 12.30 waktu Indonesia.

Hampa mesti tertanya-tanya kan awat cheq bawak milo? Sebabnya Pak Fadly yang request begitu. Milo kat sana tak sedap katanya. Huhuhuu...

Masa ni dok tengah beratoq nak masuk ke dalam flight. Muka semua excited.

Sempat la ambik 12 keping gambaq dulu sebelom masok ke dalam flight :P

Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. Macam tu lah tajuk lagunya.

Hat ni benda wajib setiap kali naik flight. Baru nampak macam nak pi travel jauh kann... Konon macam jauh sangat Medan tu.
Untuk makluman hampa, waktu Indonesia, lambat satu jam dari Malaysia. Dan masa perjalanan dari Penang ke Medan hanyalah setengah jam saja lebih kurang. Seat pon tak dan panaih. Sesampai ja kat airport tu, setel urusan kat imigresen semua, pukul 1 jugak la kami jumpa dengan Pak Fadly, supir kami sepanjang di Medan. Orangnya sangat peramah dan mesra. Kami pon tak da la rasa segan sangat dengan dia ni.

Kualanamu International Airport. Bukti kami dah sampai. Yihaaa......
Disebabkan sebelum fly tu kami dah ambik heavy breakfast dekat kedai mamak, makanya, perjalanan diteruskan dulu ke Permatang Siantar. Dari Airport ke Permatang Siantar ambik masa dekat 3 jam jugak la disebabkan keadaan jalan yang sangat macet. Macet tu maksudnya jammed laa. Dekat Indonesia ni, pemandu depa memang suka bunyikan hon. So, memang sepanjang perjalanan tu dok dengaq bunyi hon ja la. Dan satu lagi depa suka cilok-mencilok antara satu sama lain sampaikan si Atoi tak abes-abes dok menjerit dalam keta tu sebab seriau. Cheq pulak memang dah pernah mengalami suasana macam tu masa dekat Bandung dulu, so tak da la nak seriau sangat. Sebab cheq tau, walaupon depa bawak macam orang gila, tapi jarang sangat ada accident. Sampai ja dekat Permatang Siantar, Pak Fadly bawak kami makan nasik dengan burung puyuh goreng, tempe, begedil dan beberapa jenis lauk lagi. Banyak sangat, cheq pon dah tak ingat. Abes licin cheq makan. Tak tau la sebab sedap ka ataupon dah lapaq time tu. Total makan untuk 5 orang hanyalah Rp84,000. Lebih kurang RM25 la kalau convert ke duit Malaysia. Murah kan? Kat situ jugak kami solat jamak sebelum teruskan perjalanan.

Ni la restoran burung goreng tu.

Bersama Pak Julfadly.

Muka-muka yang kelaparan setelah mengharungi perjalanan yang mendebarkan, penuh dengan aksi-aksi merbahaya hampir 3 jam.
Lepas dah selesai makan dan solat, Pak Fadly bawak kami ke kedai Paten pulak. Kat sini, depa juai pelbagai jenis makanan ringan yang diperbuat daripada kekacang. Nama setiap jenis pun unik. Tang-tang, ting-ting, tung-tung, teng-teng, tong-tong. Semua ada. Cheq beli la jugak satu jenis. Alang-alang dah sampai kann. Then lepas tu baru lah kami gerak ke Parapat. Sepanjang jalan tu, boleh jumpa banyak gereja sebab rata-rata penduduk kat sini berbangsa Batak dan beragama Kristian. Babi dan anjing panggang pun banyak depa juai kat tepi-tepi jalan. Meriah wei..!

Kat depan kedai Paten.
Ok, dalam pukul 7 malam macam tu, kami pon sampai la ke Parapat. Time tu dah masuk waktu maghrib dah pun. Jadi, kami pun terus ja ke Sapadia Cottage. Check-in dah rehat. Penat gila rasa, macam cheq pulak yang drive. Malamnya tak keluaq makan dah sebab masih kenyang. Ya la, kami makan nasik tadi pun dah dekat pukul 4 dah. So malam tu just makan ja bekai yang kami bawak dari Penaang. Ok lah noo. Tamat sudah perjalanan hari pertama. To be continue to the next episode. Tata titi tutuuuu....
Pautan:
Horas! Percutian Bajet ke Medan Part 4