Sebelum Allah menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu masalah, ketahuilah wahai sahabat, bahawa Dia telahpun menyediakan jalan keluar baginya.
"One day, you’ll just be a memory to some people. Do your best to be a good one."
Wednesday, December 14, 2016
InsyaAllah, Ada Jalannya
Sunday, December 11, 2016
Sifat Syurga
"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa ialah seperti berikut: Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama!)"
Surah Muhammad ayat ke-15.
*Gambar sekadar hiasan.
Surah Muhammad ayat ke-15.
*Gambar sekadar hiasan.
Thursday, November 24, 2016
Qada' dan Qadar
Sesaat ke depan pun kita tak mampu meneka
Mungkin hujan ribut melanda
Mungkin hanya angin menyapu muka
Takdir dan masa,
Suka dan duka,
Qada' dan qadar empunya cerita...
Mungkin hujan ribut melanda
Mungkin hanya angin menyapu muka
Takdir dan masa,
Suka dan duka,
Qada' dan qadar empunya cerita...
Wednesday, November 16, 2016
"Aiskrim"nya Kehidupan
Ada hari, untuk kita mengenang segala yang indah
Ada hari, kita dilanda sesuatu yang gundah
....dan ada hari...
Untuk kita bertenang dan makan aiskrem. :)
Sebab hidup ini ibarat aiskrem
Nikmatilah ia sebelum cair.
Ada hari, kita dilanda sesuatu yang gundah
....dan ada hari...
Untuk kita bertenang dan makan aiskrem. :)
Sebab hidup ini ibarat aiskrem
Nikmatilah ia sebelum cair.
Monday, October 31, 2016
Biar Jasa Jadi Kenangan
Lang merah terbang tinggi
Menjunam rendah menyambar ikan
Biar ke puncak kita mendaki
Rumput di bawah dilupa jangan.
Lang merah terbang tinggi
Sayap didepa membelah awan
Usah serik menuai bakti
Biar jasa jadi kenangan.
*Morning peeps! Sis tengah feeling2 merasa nikmatnya bercuti. Yahooo...
#kerjajanganganggusaya
#kedahmenangyahoooo
#harinisayacuti
Menjunam rendah menyambar ikan
Biar ke puncak kita mendaki
Rumput di bawah dilupa jangan.
Lang merah terbang tinggi
Sayap didepa membelah awan
Usah serik menuai bakti
Biar jasa jadi kenangan.
*Morning peeps! Sis tengah feeling2 merasa nikmatnya bercuti. Yahooo...
#kerjajanganganggusaya
#kedahmenangyahoooo
#harinisayacuti
Sunday, October 30, 2016
Tak Perlu Hairan Dengan Hidup ini
Tak perlu hairan dengan hidup ini
Bila kau menyapa, dia diam
Bila kau bicara, dia berpaling
Bila kau duduk, dia berdiri
Bila kau mendekat, dia menjauh
Bila kau menangis, dia ketawa.
...Dan ketika kau berlalu mencari sesuatu,
Baru lah dia datang menghampirimu.
#selamatmalam
Bila kau menyapa, dia diam
Bila kau bicara, dia berpaling
Bila kau duduk, dia berdiri
Bila kau mendekat, dia menjauh
Bila kau menangis, dia ketawa.
...Dan ketika kau berlalu mencari sesuatu,
Baru lah dia datang menghampirimu.
#selamatmalam
Saturday, October 8, 2016
Jaga Mulut, Jaga Hati
Ini cerita masa cheq warded bulan 6 hari tu. Cerita yang dah lama berlalu, cuma tiba-tiba cheq terkenang kembali...
Bukan senang mengawal emosi ketika sakit. Ada rasa takut, ada rasa marah, ada rasa sedih, ada rasa tertekan, ada rasa kecewa, bahkan putus asa.
Dalam semua rasa tu, cheq paling speechless bila ada seseorang mengatakan bahawa dia "bernasib baik" cheq yang ditimpa sakit tu. Kalau dot dot dot la yang kena... tak tau nak buat macam mana.
Cheq tahu dia tak berniat jahat. Mungkin maksudnya lain dari apa yang cheq tafsir. Cheq cuba berhusnudzon, mungkin maksudnya cheq ni seorang yang kuat, si dot dot dot tu tak kuat macam cheq. Tapi dalam keadaan cheq yang sedang sangat beremosi ketika itu, cheq sangat tersinggung dengan kata-kata dia.
Tak sepatutnya dia menggunakan perkataan "nasib baik" cheq yang kena sakit tu. Jadi moral of the story, fikir dulu sebelum berkata-kata. Kalau diam itu lebih baik, mengapa tidak?
#jagamulut
#jagahati
Subscribe to:
Posts (Atom)