Saturday, February 11, 2017

Layar Keinsafan


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Baru kan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar.

Friday, February 10, 2017

Subhanallah



"Dialah yang menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat"

Surah Luqman ayat 10.

#subhanallah

Thursday, February 9, 2017

Nun Di Dalam Jiwa


Nun di dalam jiwa
Ada berjuta-juta kata
Namun satu pun tak terucapkan
Ada beribu warna
Secoret pun tak mampu ku lorekkan
Ada berjenis tari irama
Selagu pun tidak teralunkan

Jauh di sudut jiwa
Terpendam cuma satu rasa
Hanya yang mengerti bisa mentafsirnya

Diam aku terduduk
Di atas hamparan rindu
Yang sungguh menyentuh kalbu.

-Nur Afifah Ismail-
-9 February 2017-
-New Zealand-  😂



Thursday, December 29, 2016

Berkongsi Rezeki


Dia mencari rezeki dari kaki ke kaki.
Ada yang menyepak
Ada yang memaki

Dia hanya inginkan secebis sisa
Berilah sedikit walau terpaksa
Tuhan pasti beri gantinya ☺




Friday, December 23, 2016

Hubbud dunya wa karohiyatul maut

"Hubbud dunya wa karohiyatul maut"

Cinta dunia dan takut mati.

Ya Allah, jauhi kami dari mencintai duniaMu secara berlebih-lebihan sehingga kami takut untuk meninggalkannya suatu hari nanti.

Marilah kita jauhi sifat mencintai dunia secara berlebih-lebihan. Semoga dunia akhirat kita seimbang dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. Ingatlah, ketika kita asyik mengejar dunia, tanpa disedari, kematian itulah yang sebenarnya menghampiri kita.

#matiitupasti


Friday, December 16, 2016

Dua Pilihan



Hidup ini ada 2 pilihan:-

Segala yang buatkan kamu bersedih, 
Tinggalkan.
Dan segala yang buatkan kamu bahagia, 
Pertahankan.

Life is too short to be sad. 
Be thankful for the little things in life tht mean a lot!


Wednesday, December 14, 2016

InsyaAllah, Ada Jalannya

Sebelum Allah menguji seseorang hambaNya dengan sesuatu masalah, ketahuilah wahai sahabat, bahawa Dia telahpun menyediakan jalan keluar baginya.

Tak dak masalah yang tak boleh diselesaikan. Sit down, take a deep breath, relax and think rationally. Bak kata Maher Zain "InsyaAllah ada jalannya".