Friday, April 17, 2015

Percutian Bajet ke Sabah Part 2

Assalamualaikum. Ingat tak hari tu cheq ada post pasai trip cheq dan family cheq ke Sabah? Hari ni cheq nak sambung alkisah ceriteranya. Kita mula dengan hari pertama la naa. Nak dijadikan cerita, flight cheq dari KLIA2 tu jadual dia pukul 9 pagi. Alhamdulillah, tak delay. Memang on time lah. Sebelum fly tu memang cheq dah habaq siap-siap dah dekat Encik Nik Azlan, tuan empunya kereta sewa supaya dia tunggu kami dekat airport. So, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Sampai ja dekat airport KK, dalam pukul 12 lebih macam tu, kami pon jumpa dengan Encik Nik Azlan untuk ambik kereta. Kereta dia memang dalam keadaan yang baik. Tip top. Walaupun hanya kereta viva ja. Hampa jangan nak kutuk kereta viva naa, sebab cheq pon pakai viva hokayy. Tu ja yang cheq mampu. Hehuu..

Gambaq sayap kapai terbang wajib ambik ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Hmm actually cheq nak mintak maap siap-siap kat hampa semua sebab untuk hari pertama ni, tak banyak gambaq yang cheq boleh post kat sini sebabnya gambaq tu semua ada kat camera adik cheq. Nanti kalau cheq dapat gambaq-gambaq tu semua, cheq hapdet la post ni naa. Sori ye awak! Tapi itu tak jadi masalah untuk cheq bercerita kann. Ok back to the story. Lepas ambik kereta kat airport tu, teruih kami pi cari tempat makan sebab perut dok bunyi krok krek krokk krekk dah. Tapi kan tapi kannnn... Makan tengah hari kami macam tak berapa best la. Bukan sebab apa, sebabnya mahai gila. Mungkin kami dah terkena kot. Bayangkan makan untuk 4 orang saja dah RM60 lebih. Hadoii matilamaknak. Nak buat camana, pasrah ja lah. Dah licin bedal takkan tak mau bayaq kot. Sumpah tak pi situ dah. Betoi la cheq dengaq cerita, kat Sabah ni susah sikit nak cari makan tengah hari. Tapi tak tau la, mungkin cheq la kot yang tak reti cari tempat. Kann?

Dah sudah makan tu, kami pi cari masjid pulak nak solat jamak siap-siap. Then lepas ja solat, teruih adik cheq yang hero tu drive ke Kundasang. Kami pakai waze ja sebab tak tau jalan. On the way nak ke Kundasang tu, jalan dia bengkang-bengkok sambil naik bukit. memang adventure lah. Sebab tu kat sini kebanyakan orang pakai 4x4 wheel. Kami ja yang naik viva comey tuh. Janji selamat sampai ke destinasi. Bertolak dari KK dalam pukul 2. Pastu lebih kurang pukul 3.30 macam tu kami singgah sat dekat Rumah Terbalik kat Tamparuli. Tiket masuk sorang RM10. Tapi yang tak bestnya, tak buleh ambik gambaq dekat dalam rumah tu. Boleh ambik dari luaq ja. So macam tak berbaloi sangat la rasa RM10 tu. Tapi kalau hampa nak try masok, masok ja la. Bukannya cheq kata Rumah Terbalik tu tak best. Gambaq tak dak dekat cheq. Sori naa.

Dah abes merendek dekat Rumah Terbalik tu, kami teruskan perjalanan ke Pekan Nabalu. Depa kata kat sini ada juai souvenir murah-murah. Tshirt Sabah pun ada jugak. Buah-buahan tempatan pon turut dijual kat sini. Dah nama pon menyinggah kan, mesti ada jugak benda yang kita akan terbeli. Mak cheq beli buah pisang sebab buah pisang tu nampak cantik katanya. Boleh pulak macam tu noo. Lepas menyinggah dan menyopping serba sedikit dekat Pekan Nabalu tu, kami pon terus ke Kundasang. Udara dah terasa dingin. Patut la Sabah ni digelar Negeri di Bawah Bayu noo. Memang sejuk kat sini. Dalam pukul 6 petang kami pon sampai la ke J Residence, Kundasang, tempat kami bermalam. Lepas check-in, cheq keluaq semula dengan adik hero cheq untuk pi beli makanan untuk makan malam. Mak cheq dengan adik heroin tu dah tergolek keletihan atas katil. Macam depa pulak yang drive. Dekat depan pintu masuk ke Kinabalu Park tu ada satu restoran halal. Kat situ la kami beli makanan. Tapi boleh tahan jugak mahainya. Apa nak buat, beli ja la. kang tak pasal kebuluran orang-orang dekat chalet tu. Heheee.

J Residence Kundasang.

View puncak Gunung Kinabalu dari restoran yang kami singgah tu. Sementara tunggu makanan siap dibungkus. Cantik kan? Subhanallah.

Dinner time. Makan dekat balcony chalet. Sejuk gilaa wei. Sila abaikan hat pakai telekung tu. Baju sejuk tak cukop tebai katanya. Nampak tak pisang hat mak cheq beli tu? Kikikii..

Ada kucing dok mai menempek kat cheq. Manja betoi. I kenott.. Dia yang memang hari-hari duduk kat sini pon tau sejuk.

Hmm rasanya post untuk part 2 hari pertama ni cukop la kot. Nanti ada masa cheq sambung lagi cerita pasai hari kedua dan seterusnya pulak naa. Sekian sahaja. jumpa lagi. Babai.

Pautan:
Percutian Bajet ke Sabah Part 4

No comments:

Post a Comment