Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Saturday, May 16, 2015

Itinerary Sabah 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hari ni cheq nak share travel itinerary cheq ke Sabah hari tu. Semoga perjalanan cheq selama 4 hari 3 malam ni dapat memberi panduan kepada hampa-hampa yang bercadang nak ke Sabah. Have fun guys!

Day 1. Jauh perjalanan luas pemandangan.

 Day 2. Full day activity. Penat.

Day 3. Snorkeling and shopping!

Monday, May 4, 2015

Percutian Bajet ke Sabah Part 4

Assalamualaikum. Hari ni cuti lagi. Kebetulan cheq tak keluaq pi mana-mana hari ni. So, boleh la cheq sambung ceritera pasai Sabah Trip ni yang dah pon masuk hari ketiga. Straight to the point terus la naa. Pukul 8 pagi hari ketiga tu, kami dah keluaq dari hotel menuju ke Jesselton Point. Dekat situ la jeti untuk kita ke pulau-pulau yang ada di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Dalam tu ada banyak kaunter yang menawarkan perkhidmatan bot dan snorkeling. Harga semuanya lebih kurang sama ja. Tapi hampa kena la pandai pilih jugak. Untuk hari tu, kami pilih untuk ke Pulau Sapi. Pakej untuk seorang, kalau tak silap cheq RM25. Masa dia dari pukul 9 pagi sampai 1 tengah hari. Dekat Jesselton Point tu jugak ada gerai-gerai yang jual breakfast. So sementara menunggu bot pukul 9, kami breakfast nasik lemak dulu kat situ. Macam mana pon, perut harus diutamakan. Ya tak tuan-tuan dan puan-puan? Tepat pukul 9 pagi, bot kami pon bergerak meninggalkan jeti dan menuju ke Pulau Sapi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit macam tu. Sampai ja kat Pulau Sapi, kami jadi terpegun terkesima tergamam terpukau melihat betapa indahnya pulau tersebut. Dengan ayaq laut yang membiru, pasiaq pantai yang putih. Ahh cheq rasa macam di awang-awangan. Kat sini cheq snorkeling dengan adek cheq. Mak cheq duduk bersantai saja kat tepi pantai. Jom layan gambaq sat.

Sebelum naik bot. 

Di atas bot on the way ke Pulau Sapi.

Di Jeti Pulau Sapi.

Tenang dan damai.

Apa-apa pon, kita selfie dulu.

 Bersedia untuk snorkeling.

Keadaan suasana situasi. Tak berapa ramai orang time ni.
  
Berkuak-kuak kami meneroka hidupan laut.

Best best best.

Penat sudah...

Dah puas berkuak lentang, kuak dada, kuak kupu-kupu, kuak kura-kura, kuak penyu semua, sedaq-sedaq dah pukul 12. Kami pon naik bot untuk balik semula ke Jesselton Point. Dah sampai jeti, semua pakat keletihan, so kami ambik keputusan untuk balik berehat dekat hotel. Makan tengah hari pon tak sebab masa breakfast tadi dah makan berat. Lagi pon kami bawak bekai ke Pulau Sapi tadi. Petang nanti nak pi shopping dekat Pasar Philipine. Dalam pukul 4 macam tu la kami keluaq berjalan kaki dari hotel ke Pasar Philipine. Dekat ja, dalam 10 minit berjalan. Sambil berjalan, sambil cuci mata tengok permandangan. Dekat Pasar Philipine tu ada dijual macam-macam hasil kraftangan, souvenir, tshirt Sabah dan mutiara Sabah. Tapi rasanya kalau beli dekat Pasar Malam Sinsuran lagi murah kot. Adek cheq beli la jugak tshirt Sabah kat sini. Lepas tu, kami keluaq dari Pasar Philipine tu dan pi Pasar Malam Philipine pulak. Lokasi dia betul-betul dekat belakang Pasar Philipine tu. Dekat sini ada jual seafood, chicken wing bakaq, kuih-muih tradisional rakyat Sabah, sayur-sayuran dan bahan-bahan basah. Kami cuma beli chicken wing ja kat sini. Jalan punya jalan, perut pon mula la lapaq sebab tadi tak makan tengah hari. So, kami terus ja ke Gerai Sinar Delima, tempat yang kami makan semalam tu. Sebab apa tak cuba restoran lain pulak? Sebabnya malas nak pikiaq dan takut tak kena dengan harga dan selera. So, untuk selamat, makan ja la dekat gerai yang sama sebab kita dah tau memang kat situ murah dan sedap. Kali ni kami ambik ketam pulak buat masak cili, udang masak butter basah dan sotong goreng tepung. Harga RM70 jugak. 

Sotong tu banyak sangat sampai tak habis kami makan. Sudahnya bungkus bawak balik hotel.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Selesai makan, kami berjalan lagi ke Pasar Ikan Kering. Lokasi dia sebelah Pasar Philipine tu ja. Kat sini mak cheq borong banyak gila ikan kering, ikan bilis, ikan terubuk masin, kerepek, macam-macam lah. Sampai sekotak besaq dia beli. Beratus jugak la habis kat situ. Kemudian kami singgah pulak di Pasar Malam Sinsuran. Pun berdekatan jugak dengan Pasar Ikan Kering tu. Kalau hampa nak tau dekat Kota Konabalu ni memang banyak pasar malam dan pasar malam depa buka tiap-tiap hari. Dekat Pasar Malam Sinsuran tu, kami beli mutiara Sabah sebab kat sini sebenaqnya lebih murah berbanding Pasar Philipine. Pilihan pon banyak. Rambang mata cheq. Dah habis shopping kat sini, kami balik ke hotel sebab dah pukul 9 lebih. Time to sleep.

Keronsang mutiara. Cheq beli sedozen. Mak beli sedozen. Adek pon beli sedozen.

Ok. Esoknya adalah hari terakhir kami dekat Sabah. Pagi-pagi lagi dah check-out dari Hotel Iskandar dan cari kedai makan untuk breakfast. Nasib ada kedai mamak, boleh la pekena roti canai dan teh tarik. Lepas breakfast, mak cheq ajak singgah sekali lagi di Pasar Philipine sebab dia nak shopping sikit lagi. Dah selesai menyopping buat kali terakhir dekat situ, kami terus gerak ke Muzium Sabah. Hampa jangan nak gelak bila cheq kata cheq pi melawat muzium naa. Sebabnya Muzium Sabah ni sangat unik. Apa yang uniknya? Uniknya sebab dekat muzium tu ada satu perkampungan budaya. Kat sini ada rumah-rumah tradisional kaum-kaum yang ada di negeri Sabah. Tiketnya cuma RM2 seorang. Tapi kan, yang lecehnya, untuk kita ke kampung tu, kita kena melalui satu jambatan gantung. Cheq memang failed la bila diuji dengan jambatan gantung ni. Naseb baik la pendek ja jambatan tu. Tak mau cerita banyak, hampa tengok sendiri la gambaq-gambaq kat bawah ni.

Muzium Sabah.

Pengalaman di Poring Hot Spring telah mengajar cheq untuk menjadi lebih berani. Hehehe.

Jambatan menuju ke Perkampungan Budaya.

Taktik menyembunyikan perot di belakang orang lain berjaya direalisasikan nampaknya.

Berpeluang merasai suasana di rumah-rumah tradisional kaum-kaum di Sabah.

Petang-petang kalau lepak kat sini mesti best.

Antara rumah-rumah yang ada.

Kat dalam tu turut dijual cenderamata. Nak beli, beli. Tak mau beli, sudah.

Ada kolam kat sini. Memang cantik. Sesuai kalau nak buat photoshoot.

 Suasana dalam salah satu rumah dekat sini.

Ok. Lama jugak kami meneroka Muzium Sabah. Tengah hari tu kami pi makan Pizza Hut dekat One Borneo Mall. Lepas makan, terus pi solat dekat Masjid Negeri Sabah dan bergegas ke airport. Lepas serah kereta dekat Encik Nik Azlan, kami pon masuk ke dalam departure hall untuk balik ke Semenanjung. Tamat lah sudah percutian kami sekeluarga selama 4 hari 3 malam dekat Sabah. Memang best la Sabah ni. Dan satu hari nanti cheq pasti akan kembali lagi. Nak repeat lagi, maybe dengan kawan-kawan cheq pulak. Sekian lah sahaja ceritera cheq untuk kali ini. Nanti ada masa, cheq akan buat satu post pasai itinerary trip ke Sabah ni. Salah silap cheq dalam bercerita ni, harap dimaafkanlah naa. Terima kasih semua sebab sudi membaca. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Antara dua cahaya. Keindahan ciptaan Allah dari jendela kapal terbang. On the way nak balik.

Pautan: