Wednesday, June 29, 2016

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 4

Assalamualaikum. Baru kejap tadi cheq tinggai hampa, sekarang cheq dah kembali menulis lagi. Bukannya apa, esok cheq dah start keja, takut lepas ni tak ada masa untuk sambung cerita ni. Cheq ni pulak jenis yang mudah lupa. Kang dok tangguh lama-lama sangat nanti cheq terlupa terus nak tulis apa. Tak pa lah, demi hampa cheq akan sedaya upaya habiskan cerita pasal percutian bajet ke Ho Chi Minh ni secepat mungkin.

Ok. Entry kali ni akan menceritakan pasal hari ketiga dan keempat kami dekat Vietnam. Untuk hari ketiga, aktiviti yang cheq rancang adalah city sightseeing ataupun dalam bahasa ibunda kita, jalan-jalan tengok bandar. Eh, betui ka translation tu? Ah lantak lah, janji hampa paham sudah la noo. So, macam biasa, pagi tu kami breakfast dekat bilik ja sebelum keluaq jalan-jalan. Makan ja apa yang dah dibawa dari Malaysia. 


Semua bawak dari Malaysia. Manggis tu ja beli dekat Vietnam.

So destinasi pertama kami pada pagi itu ialah Notre Dame Cathedral. Daripada hotel kami nak ke situ mengambil masa lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Jauh ka? Cheq rasa dekat ja. Sedangkan mak cheq yang veteran tu pon boleh berjalan, takkan hampa tak boleh kot? Jangan buat malu hokayy. Kalau hampa nak tau Notre Dame Cathedral ni sebenaqnya adalah sebuah gereja yang dibina antara tahun 1863 dan 1880 oleh kolonis Perancis. Yang menjadi tarikan pelancong adalah rekaan senibina bangunan ni yang kelihatan sama macam dekat Eropah. So, boleh lah kita berfeeling-feeling bercuti dekat Europe sat noo.


Walking-walking eating wind. Sila translate!


Cantik dan bersih ja Bandar Ho Chi Minh ni.


Jalan-jalan, tak sedaq dah sampai.



Di hadapan Notre Dame Cathedral.


Semua pakat nak nyorok belakang cheq sebab nak bagi nampak kuruih.

Destinasi kami yang seterusnya adalah Saigon City Central Post Office. What? Post office? Haa kalau hampa nak tau, ini bukan sembarangan post office tau. Bangunan dia memang cantik sangat, unik dan masih beroperasi sampai hari ni. Bangunan ni terletak bersebelahan saja dengan Notre Dame Cathedral. Malas nak cakap banyak, hampa layan ja gambaq dekat bawah ni. Memang style lah post office ni.



Dari seberang jalan. Yang sebelah kiri tu la bangunan Notre Dame Cathedral.


Model Post Office.


Gambaq ni blurr sikit sebab diambil oleh seorang tourist dekat situ. Salahkan tourist tu!


Lagi-lagi gambaq cheq!


Bahagian dalam post office. Cantik kan?


Memang style betui la post office ni. I like...

Lepas dah puas bergambar dekat kedua-dua bangunan ni, kami berjalan lagi ke Reunification Palace atau dikenali jugak sebagai Independence Palace. Bangunan ni merupakan mercu tanda Ho Chi Minh City. Ianya merupakan tempat pentadbiran dan kediaman President Vietnam Selatan masa perang Vietnam dulu-dulu. Kalau nak masuk sini, ada entrance fee sebanyak VND30,000 tau. Tempat ni memang sangat cantik dan terjaga dengan rapi.



Independence Palace.


Ruang makan VVIP.


Rasa macam skema ja bila masok sini.


The outside view from inside.


Pinjam sat topi adik cheq. Nak selpi :)

Dah habis pusing-pusing Independence Palace ni, kami menuju pulang ke kawasan Malaysian Street sebab perut masing-masing dah mula berirama senandung semalam ku terkenang peristiwa silam. Jalan kaki lebih kurang 10 minit, sampai lah kami ke Restoran Halal Amin. Mak cheq ajak makan dekat sini lagi sebab murah dan sedap tak terkata. Macam biasa lah, kopi Vietnam jangan dilupakan.



On the way nak ke Malaysian Street. Laju ja jalan sebab dah lapaq.


Macam ni ja nasik goreng dia, tapi sedap.


Keadaan di Malaysian Street di siang hari.

Dah selesai makan, baru la kami berjaya masuk ke Ben Thanh Market untuk bershopping. Mula-mula kita survey dulu kedai mana yang best. Dekat Ben Thanh Market ni, kita kena pandai pilih kedai. Ada sesetengah peniaga yang baik dan friendly. Tapi sebilangan besaq perangai macam syaiton, suka dok maki hamun orang dan sombong. So, kalau jumpa yang perangai macam ni, tak payah la dok beli dari depa. Dah puas pusing-pusing satu pasar tu, baru lah kami singgah di satu kedai ni. Pemilik dia nama Trinh. Macam-macam kami bodek dia sampai lah akhirnya dia tertewas di tangan kami. Dia bersetuju untuk bagi harga macam yang kami mintak. Dan sebagai balasan, kami bergambaq dengan dia dan cheq dengan ikhlasnya akan letak gambaq tu dekat dalam entry ni. Nanti kalau hampa pi Ben Thanh Market, cari la kedai dia naa. Phone number dia pon cheq ada ambik, kot-kot la nanti nak pi lagi, boleh cari dia balik. So ni phone number dia. +84938677910. Trinh ni memang boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Sangat senang berurusan dengan dia. Kalau hampa beli banyak, dan malas nak hangkut bawak balik hotel berat-berat, dia siap boleh tolong hantarkan ke hotel. Free of charge.



Ni bahagian fixed price dekat Ben Thanh Market. Harga tak boleh tawar dah.


Ok. dekat bahagian ni boleh tawar-menawar. Tapi hati-hati la noo, satgi kena maki.


Jamu mata.


Barang makanan turut dijual.


Ni la dia Trinh. Muka ala-ala Stacy gitew~


Nah lagi gambaq dia. Hambek lah kau.


Pilih jangan tak pilih. Habes bersepah kedai Trinh kami kerjakan.


Antara yang terpilih.


Ni lagi.


Mana lagi lawa? Tak pa, ambik ja dua-dua.

Banyak gila hasil tangkapan kami di Ben Thanh Market pada hari ketiga tu. Memang target nak shopping habis-habisan pon. Tapi tudung nealofar, tak dak jual dekat Ben Thanh Market, hampa kena tunggu malam. Beli dekat Pasar Malam Ben Thanh. So, lepas hampir 3 jam dok melilau dalam tu, kami pon balik ke hotel bersama hasil tangkapan masing-masing. Nanti malam pulak nak sambung di pasar malam. Apa-apa hal, kita solat dan rehat dulu. Recharge balik energy. Dalam jam 7 petang, kami keluaq lagi. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik kita isi perut dulu. Repeat lagi makan di Restoran Musa Kariem. Dah kenyang, baru berjalan sambung shopping lagi dekat kawasan sekitar Malaysian Street dan Pasar Malam Ben Thanh. Shopping tak hengat kami seharian ni. 



Penat berdiri, kita bersila pulak.


Murah-murah. Rambang mata.


Tudung Naelofar.

Bila duit dah habis, baru terasa penat dan balik la kami ke hotel. Dekat hotel, kami packing siap-siap dan timbang semua beg yang ada. Kalau hampa nak tau, kebanyakan hotel dekat Vietnam ni memang ada sediakan penimbang untuk kita timbang bagasi. Depa pon tau macam mana perangai rakyat Malaysia ni bila bershopping. Dan seperti yang dijangkakan, barang-barang kami dah terlebih muatan. Panik sat, tak tau nak buat macam mana. Esok last day tak dak planning apa-apa, cuma rasa macam nak repeat shopping dekat kedai Trinh sebab rasa macam tak cukup. Tuudia, dalam dok terlebih muatan tu, ada hati lagi nak tambah koleksi. Takpa-takpa, shopping dulu, nanti baru pikiaq nak buat macam mana. Hahahaa..





Kami siap bawak penimbang tu masok bilik lagi.

Maka keesokannya, kami keluaq dalam jam 9.30 pagi dan repeat shopping di kedai Trinh tu. Dah habis shopping, kami ke Restoran Kampung Melayu untuk having a breakfast plus lunch equals to brunch. Kali ni pilih restoran yang lebih mahal sebab nak habiskan duit yang ada sebelum pulang ke Malaysia. Dan nak dijadikan cerita kami jumpa dua orang hamba Allah ni, masa dalam flight nak ke sini memang adik hero tu duduk sebelah depa dan sempat la bersembang dalam flight tu. Tak sangka jumpa lagi dekat Restoran Kampung Melayu tu. So, kami pon cerita la masalah bagasi kami dekat depa. Dan alhamdulillah, dengan tak disangka-sangka depa sudi nak tolong kami. Katanya bagasi depa ada lebih 10kg lagi dan hand carry depa tak bawak apa-apa. So, boleh la kami tumpang. So, maksudnya kami dah save 10kg+7kg+7kg = 24kg dekat situ. Alhamdulillah alhamdulillah. Pertolongan Allah tu datang dalam bentuk yang kita tak sangka dan tepat pada masanya. Jadi, kami pon berjanji la untuk jumpa dekat airport nanti. Nasib baik flight balik pon sama dengan depa. Mulia sungguh hati depa. Padahal bukannya kenal kami sangat pon. Semoga Allah balas segala budi baik depa sebab depa dah selamatkan kami. Mungkin ada hikmah kami tergerak hati untuk makan di Restoran Kampung Melayu.



Brunch untuk last day.


Good bye to our pembancuh kopi selama 4 hari 3 malam.


Good bye also to the mabeles coffee.


And also, good bye to Ben Thanh Market. (Ayaq kopi dekat tangan tu nak bawak minum dekat airport)


Ni la dua orang akak yang baik hati tolong kami tu. Ishh blurr pulak gambaq ni.

Selesai makan, kami balik ke hotel dan kemas-kemas serta asingkan beg mana yang nak ditumpangkan kepada dua orang hamba Allah tadi. Dan lepas solat, terus kami panggil teksi Vinasun untuk bawak kami ke airport. Tambang teksi masih sama iaitu RM35. So, maksudnya betul lah kadar tambang tu. Sampai ja di airport, dua orang kakak yang baik hati tu dah tunggu kami untuk check-in bagasi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dalam jam 4.20 petang, kami terbang semula ke tanah air yang tercinta. Sampai Malaysia dalam waktu maghrib dan kami ucapkan terima kasih banyak kepada dua orang kakak tu yang telah menyelamatkan kami dari masalah yang kami cipta sendiri. Tu la sapa suruh shopping tak hengat! Kepada hampa semua, jangan tiru aksi merbahaya ini naa..




Bersama segerombolan beg-beg yang telah beranak-pinak during the honeymoon.


Last photo. Semoga akak berdua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Terima kasih sangat-sangat!


Macam biasa lah....

Ok la wei. Cheq nak tutup cerita dah pasal Ho Chi Minh ni. Cheq harap hampa dapat la sedikit input daripada cerita-cerita cheq ni. Untuk tahun ni, cukup la kot cerita travel cheq. Kuota dah habes. Tahun depan pulak sambung travel. InsyaAllah ada 3 siri travel yang sedang menanti tahun depan. Apa-apa pun, semoga hari-hari kita ceria selalu. Doakan cheq cepat sembuh naa hampa semua. Semoga berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum.


Pautan:

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 1
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 2
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 3
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 4

2 comments: