Assalamualaikum.
Hari ni dah 28 Ramadhan. InsyaAllah, lagi 2 hari kita akan menyambut kedatangan
Syawal. Petang-petang macam ni, syok jugak kalau cheq hapdet blog ni.
Sambil-sambil menunggu masa untuk berbuka, boleh la cheq berceloteh dekat sini
dulu.
Hari ni
cheq saja nak ajak hampa semua membayangkan satu situasi yang kemungkinan besaq
boleh jadi dekat kita semua. Ok, cuba hampa semua bayangkan, kalau hampa
menjadi tetamu kepada seorang hamba Allah ni. Hampa bawak macam-macam hadiah
dan buah tangan untuk tuan rumah tu. Tapi yang tak bestnya, dia layan hampa macam
nak tak nak ja. Macam tak suka ja kita mai rumah dia. Jamu makan pon, biasa-biasa
ja. Dan bila hampa dah macam lama sikit duduk bertamu dekat rumah dia, dia mula
minta kebenaran nak ke dapur. Katanya nak sediakan hidangan untuk seorang lagi
tetamu istimewa yang akan datang sebentar lagi. Pastu dia tinggalkan hampa
sorang-sorang dekat ruang tamu. Pergi lah dia ke dapur untuk memasak masakan
yang istimewa untuk tetamu yang nak mai tu. Persiapan yang dia buat untuk
tetamu lagi sorang tu, langsung tak macam persiapan yang dia buat untuk sambut
hampa. Nampak ketara sangat perbezaannya.
Masa
tu, apa perasaan hampa? Kalau cheq, cheq rasa terkilan sangat. Kecik hati, rasa
macam tak dihargai. Rasa macam kedatangan cheq ni tak diundang. Pastu rasa macam
tuan rumah tu nak halau ja cheq suruh balik cepat-cepat. Padahal kita pi rumah
dia dengan tujuan yang baik, nak bawak rahmat untuk dia. Tapi macam tu pulak
dia layan kita. Memang sedih gila lah. Rasa malu pon ada.
Sebenaqnya
situasi yang cheq suruh hampa bayangkan tu bukan la terjadi kepada diri cheq.
Tapi ianya terjadi kepada bulan Ramadhan yang mulia ni. Raya lambat lagi, tapi
kita dah mula abaikan Ramadhan dengan pelbagai persiapan nak sambut raya.
Rasanya masjid-masjid cuma penuh masa 10 malam pertama ja. Lepas tu, makin lama
makin kosong. Dekat corong-corong radio pulak, baru 15 Ramadhan, dah mula
pasang lagu-lagu raya. Macam tak sabaq sangat nak raya. Dah akhir-akhir ni,
apatah lagi la. Masjid dah tak jejak dah. Sibuk dok bakaq lemang, buat kuih
raya dan macam-macam lagi.
Sepatutnya
kita bersedih sebab tak lama lagi Ramadhan yang membawa sejuta rahmat ni akan
meninggalkan kita. Dia mai setahun sekali ja. Tak tau la sama ada tahun depan
kita masih berpeluang untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Jadi, cheq nak
berpesan kepada diri cheq sendiri dan juga kepada yang membaca ni. Mai la kita
sama-sama rebut peluang setahun sekali ni. Sama-sama kita buat pecutan yang
terakhir. Berlumba-lumba untuk membuat amal ibadah dan kebajikan dalam bulan Ramadhan
yang hanya tinggal 2 hari saja lagi. Lepas tu, kita nak huha huha pon, lantak
lah. Janji jangan sampai melanggar syariat Islam.
Ok lah.
Itu saja yang cheq nak bebel hari ni. Jumpa lagi di lain entry. Lagi sekali,
bayangkan kalau hampa adalah Ramadhan itu sendiri…..
No comments:
Post a Comment