Assalamualaikum. Entry kali ni lebih menjurus kepada leteran dan bebelan dari seorang insan yang senasib dan sama waktu dengan cheq. Macam biasa la, bila cakap pasai soalan panas di Hari Raya, soalan apa lagi kan? Soalan dia mestilah berbunyi lebih kurang macam ni, “Hang ni dah tua, bila nak kawen?” ataupun “Hampa ni dah 5 tahun kawen, takkan nak honeymoon lagi kot? Bila nak pasang anak?”..
Haaa… Panas tak soalan-soalan macam tu? Bagi cheq la kan, hanya orang-orang yang tak dak media sosial macam facebook, twitter atau instagram ja yang akan bertanya begitu. Depa ni ibarat katak di bawah tempurung. Orang pakat dok share dah dekat media sosial pasai soalan-soalan sensitip yang tak patut ditanya, depa dok pi tanya lagi. Ini menunjukkan depa kurang peka atau saja dok buat pekak.
Cheq pon selalu ditanya oleh golongan makcik-makcik yang tak dak media sosial ni. “Hang bila nak kawen, Pah?”. Sudahnya, ber krikk krikk krikk lah cheq dekat situ. Tak tau nak jawab apa. Sebab cheq bukannya Tuhan. Cheq tak tau macam mana takdir hidup cheq. Tah-tah cheq mati dulu pa sebelum kawen. Mana nak pi tau kan? Dan untuk pengetahuan makcik-makcik sekalian, kalau lah cheq boleh atoq takdir hidup cheq sendiri, umoq 23 cheq dah kawen dah. Tapi apakan daya, cheq hanya seorang wanita biasa yang hanya mampu menunggu dan berdoa jodoh cheq mai. Nak buat macam mana, tak dak orang mau lagi dekat cheq. Hehehe.
Hampa yang senasib dengan cheq pon mesti naik rimas kan bila ada orang tanya macam ni? Cheq harap kita bersabaq dan bertabah la banyak-banyak dengan golongan-golongan macam ni. Kadang-kadang tu rasa macam nak balas balik ja dengan soalan panas untuk depa pulak. Antara soalan yang cheq teringin nak tanya, “Makcik ni dah tua, bila nak mati?”, “Laki makcik tu bila nak kawen lagi sorang?”, “Makcik ada anak laki dak? Mai bagi dekat saya.” dan ada la beberapa lagi soalan pasal takdir hidup makcik-makcik tu. Amboii sibuk la dok tanya pasal orang. Kalau depa tolong carikan jodoh untuk kita tak pa jugak. Ni bila cheq jawab, “Tak tau la bila nak kawen, calon tak dak lagi. Makcik tolong la cari sat.”, time tu macam-macam alasan keluaq. Suruh cari sendiri la, takot kita tak berkenan la. Satu ja cheq nak bagitau makcik-makcik tu, kalau kita tak boleh nak senangkan hati seseorang, tak payah lah kita nak susahkan hati dia.
Cheq ni pon, kalau boleh, la ni jugak cheq nak kawen. Bukannya kita tak mau. Dah jodoh tak sampai lagi, nak buat macam mana. Sapa pon tak tau bila jodoh depa akan mai sebab itu semua rahsia Tuhan. Yang penting kita jangan putus asa, berdoa selalu dan berusaha semampu kita. Justeru, di kesempatan ini, cheq menyeru la kepada para jejaka-jejaka yang masih bujang di luar sana, hampa tunggu apa lagi? Mai la masuk meminang cheq lekaih. Takkan cheq yang nak pi pinang hampa kot? Malu ngat aih! Hehehe.. Mai la, jangan takut dengan cheq. Cheq tak makan orang, cheq makan ayam. Nanti kita bercinta lepas kawen naa. Hehehe. Promote diri sendiri la pulak cheq ni (malu-malu zirafah). Biaq makcik-makcik tu diam seribu bahasa sebab tak dak soalan dah nak tanya.
Kepada anak makcik-makcik yang tersebut, tolong la pesan dekat mak hampa yang kami-kami ni sensitip dengan soalan-soalan macam tu. Kalau nak tanya, tanya la benda yang kami boleh jawab. Contohnya, “Sihat ka?”, “Masih belajaq atau dah keja?”, “Keja dekat mana?” dan banyak lagi soalan yang boleh ditanya. Kalau dah habis idea nak tanya apa, tanya la soalan simple math ka, sejarah ka atau soalan macam mana nak buka akaun facebook, twitter dan instagram. Supaya lepas ni makcik-makcik sekalian lebih peka akan kesensitipan golongan-golongan special macam kami ni.
Sekian lah sahaja bebelan cheq kali ni. Kalau ada pihak yang terasa hati dengan entry cheq ni, cheq mintak maaf banyak-banyak. Bukannya apa, tiap-tiap tahun dok tanya soalan yang sama sampai cheq pon dah naik rimas. Sesungguhnya cheq teramat lah sensitip dengan soalan-soalan keramat itu. Nanti sampai masa, dah ada orang berkenan dan masuk meminang cheq, kawen lah cheq. Doakan yang baik-baik saja untuk kita semua. Sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment