Showing posts with label Ujian Dari Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Ujian Dari Tuhan. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Tersenyumlah Biar Payah



Seketika Tuhanmu mengirimkan kesakitan
Setimpal dengan kemampuanmu
Dan Dia menarik nikmat senyum
Untuk menguji kepada siapa engkau akan mengadu
Kemudian Dia memberikannya semula
Maka tersenyumlah!
Biar jelek, biar payah
Kerana engkau telah pun merasa
Betapa peritnya sakit dan senyum itu 😊

#terimakasihAllah

Friday, June 24, 2016

Kayap oh Kayap

Assalamualaikum. Selamat berpuasa. Pejam celik pejam celik, dah 18 Ramadhan dah hari ni. Sat ja masa berlalu. Dah lama gila cheq tak hapdet blog ni. Mintak maaf la noo. Cheq tersangat lah busy. Busy apa? Busy dengan gheja la, busy berholiday dan busy kena admit dekat hospital. Pasai gheja tu malas cheq nak cerita. Pasal holiday pulak, nanti kemudian cheq cerita naa. Sabaq sat. Hari ni cheq nak cerita pasai satu dugaan yang telah menimpa diri cheq di bulan yang mulia ini. Saja nak share, mungkin boleh jadi pedoman buat hampa semua. Tuuudia padu!

Kisah bermula pada 2 Ramadhan 1437H ataupun bersamaan 7 June 2016. Senang cerita, cheq ringkaskan macam kat bawah ni la naa.
  • Hari pertama: Rasa denyutan menyucuk-nyucuk di dahi (sebelah kanan mata).
  • Hari kedua: Denyutan bertambah kuat dan kerap. Ada urat timboi kat situ. Pi klinik, doKtor cakap migraine. So, dia bagi ubat ponstan. Tapi bila cheq makan, tak jadi apa pon. Dok sakit jugak.
  • Hari ketiga: Naik biji-biji macam ayaq bisa di sekitar bibir kanan atas dan bawah. Denyutan di kepala masih terasa.
  • Hari keempat: Bibir semakin sakit dan membengkak. Mula tumbuh biji-biji di lelangit sebelah kanan. Gusi atas dan bawah sebelah kanan mula membengkak. Sukar untuk buka mulut dan mengunyah. Setiap kali kunyah, terasa sakit di kepala (sebelah kanan). Denyutan di kepala pon jadi semakin sakit seolah-olah ada benda yang dok tekan dari dalam.


Dah jadi lagu tu, cheq pon pi jumpa balik doktor yang sama. Bila dia check, dia kata cheq dah kena herpes zoster. Dah apa kebenda pulak herpes zoster tu doktor oii. Rupanya bahasa kampung yang kita selalu dok sebut adalah kayap. Yang cheq kena ni kayap api. Then doktor tu terus refer cheq dekat Pantai Hospital Penang. Pi la pulak ke hospital. Terus kena admit. Sebabnya kayap cheq ni dah serang tiga saraf dekat muka sebelah kanan cheq. Doktor yang dekat hospital tu cakap, biasanya kayap ni cuma akan serang satu saraf ja. Itu pon sangat jarang dia serang di bahagian muka. Tapi kes cheq ni, sangat serius. Pertama, sebab dia serang tiga saraf. Yang kedua sebab saraf tu dekat dengan otak dan mata. Doktor tu takut virus tu merebak ke bahagian otak dan mata cheq. Bila dah dengaq explanation doktor tu, cheq pulak rasa seriau. Maka duduk lah cheq kat dalam wad tu selama seminggu. Bil hospital sampai RM7k. Nasib baik insurans company cheq yang bayaq.


kayap api 
Masa ni biji-biji tu baru tumbuh. Mula-mula dia jadi dekat mulut, pastu merebak ke bahagian pipi sampai dekat telinga. Pedih wei... Nak makan dan buka mulut pon susah.

Sakit tu memang sakit lah. Rasa dia macam muka kita disiat-siat dengan pisau pastu dibakar dengan api. Ergghhh pedih tak terkata. Dekat dalam mulut pon jadi jugak. Sehari kena makan lima kali ubat saraf. Sampai la hari ni pon belum sembuh sepenuhnya lagi. Walaupon biji-biji tu dah kering, tapi pedih dia masih terasa. Lepas discharge dari hospital, doktor bagi MC seminggu. Siang tadi cheq pi lagi hospital tu untuk follow up dengan doktor tu. Dan doktor tu bagi stok ubat untuk tiga minggu. Kena lagi RM400++. Mahai gila ubat saraf tu.

Hari-hari makan moi ja sebab dalam mulut pon ada biji-biji tu. Gusi sebelah kanan pon habis bengkak-bengkak. Sori, cheq tak posa time sakit ni.


Sampai satu tahap tu, cheq tak boleh nak makan sendiri. So, terpaksa la bermanja sat dengan mak cheq. Masa ni la kalau nak bermanja pon. Ambik peluang. Hehehe.


Ubat yang cheq kena makan lima kali sehari. Anggap macam makan cekelat ja la.


Kalau hampa nak tau, cheq ni jenis orang yang jarang sakit. Nak kata demam setahun sekali pon tak. Demam 3 tahun sekali ada la kot. Ni la first time cheq sakit teruk sampai kena admitted. Tiba masa Tuhan nak uji.


Bosan gila duduk kat hospital sampai seminggu. Tangan cheq pon dah naik bombomm.

Oh ya, selain rawatan dari hospital, cheq ada jugak berubat secara tradisional. Mak cheq ada jumpa sorang pak cik tu. Dia memang boleh ubatkan orang yang kena kayap ni. Dia ada buat ayaq penawar untuk cheq minum. Pastu dia bagi bedak sejuk dan daun apa tah. Dia suruh tumbuk daun tu dan campurkan dengan bedak sejuk, pastu sapu dekat tempat yang kena kayap tu. Orang kata, Allah bagi penyakit, kita kena la berusaha berikhtiar cari penawar. Tak gitu?

Begitu lah al-kisah ceriteranya. Orang kata, nak sakit tu sat ja. Nak sembuh tu yang lama. Ni la ujian Tuhan nak bagi. Dia nak tengok, kita ingat tak dekat Dia. Nampaknya tak beraya la cheq tahun ni. Posa pon tak penuh, mana boleh nak raya kann. Oh ya, rupa-rupanya punca yang cheq kena kayap ni adalah disebabkan virus demam campak. Kata doktor, setiap orang yang dah pernah kena demam campak, virus tu akan terus berada dalam tubuh badan kita. Dia duduk senyap-senyap ja dalam tu, sampai lah satu ketika, di saat antibodi kita lemah, masa tu lah dia akan serang mana-mana saraf yang dia nak serang. So, maksudnya, masa cheq kena kayap ni, antibodi cheq betul-betul lemah la. Maybe cheq stress pasai gheja sama kot. Tu yang boleh jadi lagu tu.

Kesimpulannya, hampa-hampa yang dah pernah kena demam campak, berhati-hati lah naa. Jaga kesihatan baik-baik. Jangan bagi antibodi hampa lemah sebab semua yang dah pernah kena demam campak ada chance untuk diserang kayap pulak. Cheq dah kena, memang sakit gila. Harap-harap penyakit ni tak akan terjadi lah dekat hampa semua. Kalau nak tau lebih lanjut pasal penyakit ni, hampa boleh try tanya Pak Cik Gugel. Taip ja "Herpes Zoster". Nanti keluaq la info pasal penyakit ni. Dekat dalam form insurance claim tu, doktor tu tulis "Severe Herpes Zoster involving trigeminal nerve distribution". Kelas kan nama penyakit ni. Padahal kita dok panggil kayap ja. Hehehe.

Ok lah. Cheq rasa setakat ini saja perkongsian dari cheq kali ni. Doakan semoga cheq cepat sembuh dan kembali segak seperti sedia kala (segak ka?). Nanti cheq cerita pasai holiday hari tu dekat Vietnam. Semoga panjang umur kita semua. Assalamualaikum..