Sunday, October 30, 2016

Tak Perlu Hairan Dengan Hidup ini



Tak perlu hairan dengan hidup ini
Bila kau menyapa, dia diam
Bila kau bicara, dia berpaling
Bila kau duduk, dia berdiri
Bila kau mendekat, dia menjauh
Bila kau menangis, dia ketawa.

...Dan ketika kau berlalu mencari sesuatu,
Baru lah dia datang menghampirimu.

#selamatmalam

Saturday, October 8, 2016

Jaga Mulut, Jaga Hati


Ini cerita masa cheq warded bulan 6 hari tu. Cerita yang dah lama berlalu, cuma tiba-tiba cheq terkenang kembali...

Bukan senang mengawal emosi ketika sakit. Ada rasa takut, ada rasa marah, ada rasa sedih, ada rasa tertekan, ada rasa kecewa, bahkan putus asa.

Dalam semua rasa tu, cheq paling speechless bila ada seseorang mengatakan bahawa dia "bernasib baik" cheq yang ditimpa sakit tu. Kalau dot dot dot la yang kena... tak tau nak buat macam mana.

Cheq tahu dia tak berniat jahat. Mungkin maksudnya lain dari apa yang cheq tafsir. Cheq cuba berhusnudzon, mungkin maksudnya cheq ni seorang yang kuat, si dot dot dot tu tak kuat macam cheq. Tapi dalam keadaan cheq yang sedang sangat beremosi ketika itu, cheq sangat tersinggung dengan kata-kata dia.

Tak sepatutnya dia menggunakan perkataan "nasib baik" cheq yang kena sakit tu. Jadi moral of the story, fikir dulu sebelum berkata-kata. Kalau diam itu lebih baik, mengapa tidak?

#jagamulut
#jagahati

Saturday, September 24, 2016

Sungguh Tak Ku Sangka...

Ku sangka gelap rupanya kelam,
Kelam-kelam titi berlumut;
Ku sangka senyap rupanya diam,
Diam-diam hati berparut.

Bukan mimpi sebarang mimpi,
Mimpi si gadis di siang hari;
Bukan hati sebarang hati,
Hati menangis seorang diri.

Dalam pantun ada seloka,
Dalam nada ada irama;
Dalam senyum ada derita,
Dalam ketawa ada kecewa.

*Selamat beristirehat warga dunia.

Harga Sebuah Masa



Walau kau seorang engineer, doctor, lawyer, 
Walau kau lecturer, businessman, dato sri, tan sri
Walau kau seorang ustaz ustazah
Bahkan si pencipta jam sekali pun
Walau semahal mana jam yang kau pakai dengan bangga
Belum tentu kau dapat menepati masa.

Kerana masa itu,
Terlampau mahal harganya.

#hargailahmasa

Friday, September 16, 2016

Ikhlas

Ikhlas tu, selalu lambat datangnya. Bermula dengan paksaan. Kemudian diikuti dengan redha. Lama-lama baru lah ikhlas akan mula menyapa. Masa tu, buat apa pun senyum jaa... Sebab hati dah ikhlas 

Ikhlas itu bukannya datang sendiri.
Ikhlas itu perlu dicari.
Ikhlas dipupuk serta dididik di dalam diri.
Ikhlaslah selalu dalam berbakti.

#selamatmalamsahabat


Thursday, August 11, 2016

Tersenyumlah Biar Payah



Seketika Tuhanmu mengirimkan kesakitan
Setimpal dengan kemampuanmu
Dan Dia menarik nikmat senyum
Untuk menguji kepada siapa engkau akan mengadu
Kemudian Dia memberikannya semula
Maka tersenyumlah!
Biar jelek, biar payah
Kerana engkau telah pun merasa
Betapa peritnya sakit dan senyum itu 😊

#terimakasihAllah

Tuesday, August 2, 2016

Itinerary Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum. Nampaknya, dah sebulan cheq biaq blog ni mereput. So, hari ni cheq just nak update pasal itinerary 4 hari 3 malam ke Bandar Ho Chi Minh. Semoga dapat la memberi sedikit manfaat kepada hampa-hampa yang nak ke sana nanti. Tak mau cakap banyak, hampa tengok lah sendiri dekat bawah ni naa..

Day 1: Rileks dulu. Tahan dulu nafsu shoppingmu itu.

Day 2: Prepare fizikal dan mental secukupnya.

Day 3: Time to shopping!!