Tuesday, June 28, 2016

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 2

Assalamualaikum semua. Seperti dijanjikan, hari ni cheq nak sambung cerita pasal family cheq punya percutian bajet ke Ho Chi Minh bulan lepas. Untuk entry kali ni, cheq rasa, cheq nak cerita pasal hari pertama kami kat sana. Tiket flight dari KLIA2 ke Ho Chi Minh adalah pukul 12 tengah hari. Jadi cheq, mak cheq dan adik heroin cheq yang dari Penang ni ambik tiket awal pagi, jam 7 dari Penang ke KLIA2. Dekat KLIA2, adik hero dah siap sedia dok tunggu kami. Untuk flight ke Ho Chi Minh pulak, alhamdulillah tak delay. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Waktu di Vietnam adalah lewat satu jam dari waktu Malaysia. So, kami sampai sana pada pukul 1 tengah hari waktu Vietnam. 


As usual la. Benda ni memang tak boleh tinggai.


Sementara dok menunggu tu, lepak-lepak dulu. Duit USD tu cheq saja tukaq sikit sebab kadang-kadang ada jugak depa pakai matawang USD. Contohnya, untuk pakej-pakej tour dan tambang teksi. Kalau hampa tak tukaq pon tak menjadi masalah.


Masa ni jadi jakun sat sebab abang buggy tu offer nak bawak kami ke gate. Hahaha first time kot naik benda alah tu. Selama ni ingatkan kena bayaq, rupanya free ja. Kalau tau dari dulu lagi memang naik dah.


Masa nak landing. Sayap tu jangan lupa snap sekali. Harus!

Sesampai ja di Lapangan Terbang Tan Son Nhat, terus kami keluaq ke sebelah kanan dan cari teksi Vinasun. Allah mudahkan urusan, tak perlu nak menunggu lama, terus dapat teksi. Kalau hampa nak tau, kebanyakan pemandu teksi dekat Vietnam tak berapa mesra dan tak tahu berbahasa Inggeris. So, kalau hampa nak ke sana, lebih baik print out siap-siap nama dan alamat hotel yang hampa nak duduk tu supaya boleh tunjuk dekat pemandu teksi tu. Dan harus sediakan duit kecik jugak ya. Kalau tak ada duit kecik, masa dekat airport tu tukar siap-siap, beli ayaq ka. Nanti dapat la duit kecik. Ok, perjalanan dari airport ke hotel tak lah jauh sangat. Lebih kurang setengah jam termasuk jammed. Dan tambang teksi kami masa tu, RM35. Dah sampai hotel tu, apa lagi... Terus terjun katil. Solat dan berehat kejap sebab satgi nak keluaq jalan-jalan di sekitar Malaysian Street.


Memetik kata-kata Ho Chi Minh, "You can kill ten of our men for every one we kill of yours. But even at those odds, you will lose and we will win".

Dalam jam 6 petang macam tu, kami keluaq cari makan sebab masing-masing dah lapaq. Tengah hari masa sampai hotel tadi, kami cuma makan biskut dan maggie yang dibawa dari Malaysia. Untuk malam pertama ni, kami makan di Restoran Halal Amin. Dekat sini, makanan dia memang sedap dan murah kalau nak dibandingkan dengan restoran lain. Total harga makan malam untuk 4 orang lebih kurang RM60. Ok la. Not bad dan tidak mengecewakan.


Nindiaa juadah makan malam kami. Tomyam tu memang sedap dan rasa dia tak pernah lagi jumpa dekat Malaysia ni. Udang banyak gila. Puas makan. Nasi goreng pun sodap. Ditambah dengan keenakan kopi Vietnam yang sudah diketahui umum.

Dah habis licin semua makanan, kami keluaq dari restoran tu dan mula berjalan mencuci mata sebab dekat Malaysian Street tu sendiri dah banyak depa jual kain dan beg. Untuk hari pertama ni, kami tak beli apa-apa lagi. Just usha ja dulu. "Tahan dulu napsumu itu!" jerit hati kecil cheq. Cuma adik heroin cheq ja beli topeng penutup muka. Dekat Vietnam, pengangkutan utama adalah motosikal dan mostly penunggang motosikal akan pakai topeng penutup muka sebab udara depa tak berapa bersih katanya. 



Ni la Malaysian Street pada waktu malam. Memang meriah! Bangunan yang depan tu la Ben Thanh Market.


Cuci mata dulu. Jangan tergoda lagi. Esok lusa masih ada.



Excited terlebih!

Lepas dah abes window shopping, kami survey pulak pakej untuk ke Sungai Mekong. Rata-rata harga yang ditawarkan untuk 1 Day Mekong Tour adalah 10-13USD. Yang paling murah kami jumpa adalah 9USD, termasuk makan tengah hari yang halal. So, apa lagi? Terus la cheq ambik pakej dari travel agency tu. Dan kalau hampa nak tau travel agency yang cheq maksudkan letaknya betul-betul dekat hotel cheq. So, kalau hampa berminat nak ambik pakej dari travel agency ni, hampa cari ja Mai Vuong Hotel. Senang cerita, hampa book terus la bilik dekat hotel ni. 



Ni la travel agency yang cheq maksudkan tu. Happy Time Travel. Betul-betul dekat Mai Vuong Hotel.


Mai Vuong Hotel.

Ok. Lepas dah buat deal dan payment untuk Mekong Tour tu, terus la kami berempat naik ke bilik untuk berehat sebab esok sehari suntuk kami akan berjalan jauh, berakit bersampan dan seumpama dengannya. Dan dengan itu, tiba lah jugak masanya untuk cheq pon berehat. Maaf la naa, untuk hari kedua kami di Ho Chi Minh, nanti cheq cerita dalam part 3  pulak. Lagipun, cheq bukannya sihat lagi sekarang ni. Doakan kesihatan cheq naa, dan cheq pon doakan kesihatan hampa semua yang sudi membaca posting dari cheq ni. Salah silap harap dibetulkan dan dimaafkan. Sehingga kita berjumpa lagi. Babai.


Pautan:

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 1
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 2
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 3
Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 4

Monday, June 27, 2016

Percutian Bajet ke Ho Chi Minh Part 1

Hai semua! Assalamualaikum. Hari ni cheq nak ambik sedikit masa untuk cerita pasal cheq punya percutian bajet ke Ho Chi Minh bulan lepas. Hari ni baru ada masa nak berceritera. Untuk part 1 ni, cheq akan lebih bercerita tentang tips ke Ho Chi Minh City. Percutian kali ni cheq pi dengan family cheq seramai 4 orang termasuk cheq. Kami mengambil tarikh 23-26 May 2016. So, 4 hari 3 malam lah kami dekat sana.


Vietnam, salah satu negara yang di aliri dengan Sungai Mekong.

Pasal tiket flight, cheq tak tau harga dia berapa sebab itu semua atas ehsan adik hero cheq. Terima kasih kepada beliau kerana telah memayungi kami semua. Tapi cheq rasa murah ja kot, kalau mahal, mana maunya dia beli. Lagipun, kami naik Air Asia ja pon. Now, everyone can fly. Kikikiii..


Jejaka boyot kat belakang tu la yang sponsor tiket flight. Hehehe


Masa pi, kami duduk dekat bontot kapai terbang.

Yang dipayung oleh hakak ni adalah hotel. Macam biasa, sebelum pi, kena la buat survey dulu kan. Mostly blogger akan suggest kita untuk cari hotel yang berdekatan dengan Malaysian Street. Sebab dekat situ memang banyak restoran halal dan persekitaran dia pon boleh dikatakan selamat sebab kat situ semua orang-orang Malaysia ja yang ada. Dan satu lagi, Malaysian Street tu memang tersangat lah dekat dengan pusat membeli-belah yang utama di Ho Chi Minh iaitu Ben Thanh Market. Jalan kaki dua tiga tapak, eh dah sampai rupanya. Begitu lah dekatnya Ben Thanh Market tu. Dan pada waktu malam pulak memang meriah lah kawasan tu sebab ada pasar malam pulak. Tapi harus diingat, kalau hampa nak booking hotel yang betul-betul dekat Malaysian Street tu, harga dia mahal sikit la. So, cheq mengambil inisiatif untuk mencari hotel yang bukan betul-betul dekat Malaysian Street, tapi tetap dekat dengan Ben Thanh Market dan Malaysian Street tu. Maksud cheq, hotel yang cheq book tu terletak di belakang Malaysian Street. Hotel yang dimaksudkan adalah Mai Vuong Hotel. Macam biasa, cheq book hotel ni dari agoda.com. Senang. Jarak dari hotel ni nak ke Ben Thanh Market cuma 5 minit ja jalan kaki. Still dekat dan harga jauh lebih murah dari hotel yang ada dekat Malaysian Street. Bilik yang cheq book adalah bilik family VIP. Harga untuk 3 malam lebih kurang RM500. Biliknya luas dan tersangatlah selesa.




Keadaan bilik Family VIP. Sori, masa ni dah bersepah dan tak banyak gambaq yang cheq sempat snap.


Yang ni ok sikit kot.


Ok, dah cukup tunjuk keadaan bilik kami.

Ok. Untuk transport dekat sini, kami just naik teksi saja. Dari airport nak ke hotel yang berdekatan area Malaysian Street, harganya lebih kurang RM35. Kalau harga lebih dari RM50 tu, rasanya hampa dah kena ta ya pa wau. Tapi kalau hampa ni jenis backpackers yang mai dengan kawan-kawan, cheq rasa naik bas lagi jimat kot. Tambangnya cuma seorang RM1-2 macam tu ja. Dan bas tu akan berhenti dekat Ben Thanh Market. Kalau hampa nak naik bas, boleh la ambil bas no. 52. Tapi disebabkan cheq bawak mak cheq kan, so teksi lebih praktikal. Dan harus diingatkan, kalau nak naik teksi, jangan naik teksi sembarangan! Kat sini, teksi Vinasun ja yang boleh dipercayai. Keluaq dari airport, hampa belok kiri dan jalan sampai hujung. Dekat situ akan ada seorang yang berkemeja hijau, dan bertali leher merah sedang tunggu. tapi pastikan dulu dia bekerja untuk teksi Vinasun. Bila dan pasti, bagitau ja dia nak ke mana dan dia akan aturkan teksi Vinasun untuk kita.




Keadaan dalam teksi Vinasun. Jangan risau, teksi ni ada meter.

Pastu pasal beca. Dekat Vietnam, jangan la hampa tergoda nak naik beca. Hampa akan menyesal tak sudah lepas tu nanti. Sebabnya, mostly yang naik beca dekat Vietnam akan dikenakan caj tambang yang tak masuk dek akal. So, untuk selamat, jangan naik! Dekat Malaysia pon banyak beca kalau hampa nak naik sangat.


Ok, dah beletiaq pasal beca, nak beletiaq pasal sikap peniaga-peniaga dekat Vietnam pulak. Dekat Vietnam, tudung, kain, beg memang murah-murah. Kalau hampa tanya harga memang la depa tak akan bagitau harga yang murah tu. Depa akan buka dengan harga mahal dulu. Kalau hampa tak mau beli, jangan tawar. Kalau hampa dah tawar, then tak jadi nak beli, hampa tahan la telinga dengan sumpah seranah depa! Cheq ada jugak terkena. Cheq ada tanya harga satu beg ni, then dia bagitau harga yang mahal. Pastu, cheq buat-buat nak blah dari situ. Tapi dia tahan cheq, dia tanya berapa harga yang cheq nak. Then cheq bagitau harga yang cheq nak. Mungkin harga tu terlalu murah dan tak masuk akal kot, terus dia maki cheq. "Gilaa!" katanya. Hahahahaa. Dah tu, cheq blah terus la dari kedai dia, sambil memaki balik, "U la gila". 




Mai-mai pilih-pilih murah-murah.

Tapi ada satu tips yang berguna cheq nak share dengan hampa. Kalau hampa dah betul-betul aim barang tu dan memang nak beli dari kedai tersebut, hampa tanya ja berapa harga dia. Pastu minta tawar 60% dari harga tu. Memang depa takkan bagi. Pastu hampa buat-buat la nak blah dari kedai dia. Buat-buat macam tak mau beli. Sure depa akan ikut hampa dan minta untuk sambung lagi deal sampai jadi. Time tu la hampa boleh mintak separuh dari harga yang depa bagi mula-mula tadi. Kalau depa tak mau bagi jugak, ulang balik taktik nak blah dari situ. InsyaAllah lepas tu depa akan bagi harga last yang hampa mintak. Dan satu lagi, jangan sesekali sebut, "wahh, murahnya", "eh, kedai tadi lagi mahal dari sini" dan ayat-ayat yang sama waktu dengannya. Dan satu lagi peringatan, kalau tiba-tiba ada orang mai nak kilatkan kasut hampa, jangan sesekali bagi. 

Ok lah kot. Cheq rasa cukup sampai sini dulu tips ke Vietnam. Nanti cheq akan sambung lagi dengan atur cara aktiviti kami sekeluarga dekat sana. Banyak lagi benda yang cheq nak cerita. Pasal makan, pasal shopping, pasal pakej tour kat sana. Banyak lagi lah. Hampa tunggu ja naa. Stay tune!



Pautan:

Friday, June 24, 2016

Kayap oh Kayap

Assalamualaikum. Selamat berpuasa. Pejam celik pejam celik, dah 18 Ramadhan dah hari ni. Sat ja masa berlalu. Dah lama gila cheq tak hapdet blog ni. Mintak maaf la noo. Cheq tersangat lah busy. Busy apa? Busy dengan gheja la, busy berholiday dan busy kena admit dekat hospital. Pasai gheja tu malas cheq nak cerita. Pasal holiday pulak, nanti kemudian cheq cerita naa. Sabaq sat. Hari ni cheq nak cerita pasai satu dugaan yang telah menimpa diri cheq di bulan yang mulia ini. Saja nak share, mungkin boleh jadi pedoman buat hampa semua. Tuuudia padu!

Kisah bermula pada 2 Ramadhan 1437H ataupun bersamaan 7 June 2016. Senang cerita, cheq ringkaskan macam kat bawah ni la naa.
  • Hari pertama: Rasa denyutan menyucuk-nyucuk di dahi (sebelah kanan mata).
  • Hari kedua: Denyutan bertambah kuat dan kerap. Ada urat timboi kat situ. Pi klinik, doKtor cakap migraine. So, dia bagi ubat ponstan. Tapi bila cheq makan, tak jadi apa pon. Dok sakit jugak.
  • Hari ketiga: Naik biji-biji macam ayaq bisa di sekitar bibir kanan atas dan bawah. Denyutan di kepala masih terasa.
  • Hari keempat: Bibir semakin sakit dan membengkak. Mula tumbuh biji-biji di lelangit sebelah kanan. Gusi atas dan bawah sebelah kanan mula membengkak. Sukar untuk buka mulut dan mengunyah. Setiap kali kunyah, terasa sakit di kepala (sebelah kanan). Denyutan di kepala pon jadi semakin sakit seolah-olah ada benda yang dok tekan dari dalam.


Dah jadi lagu tu, cheq pon pi jumpa balik doktor yang sama. Bila dia check, dia kata cheq dah kena herpes zoster. Dah apa kebenda pulak herpes zoster tu doktor oii. Rupanya bahasa kampung yang kita selalu dok sebut adalah kayap. Yang cheq kena ni kayap api. Then doktor tu terus refer cheq dekat Pantai Hospital Penang. Pi la pulak ke hospital. Terus kena admit. Sebabnya kayap cheq ni dah serang tiga saraf dekat muka sebelah kanan cheq. Doktor yang dekat hospital tu cakap, biasanya kayap ni cuma akan serang satu saraf ja. Itu pon sangat jarang dia serang di bahagian muka. Tapi kes cheq ni, sangat serius. Pertama, sebab dia serang tiga saraf. Yang kedua sebab saraf tu dekat dengan otak dan mata. Doktor tu takut virus tu merebak ke bahagian otak dan mata cheq. Bila dah dengaq explanation doktor tu, cheq pulak rasa seriau. Maka duduk lah cheq kat dalam wad tu selama seminggu. Bil hospital sampai RM7k. Nasib baik insurans company cheq yang bayaq.


kayap api 
Masa ni biji-biji tu baru tumbuh. Mula-mula dia jadi dekat mulut, pastu merebak ke bahagian pipi sampai dekat telinga. Pedih wei... Nak makan dan buka mulut pon susah.

Sakit tu memang sakit lah. Rasa dia macam muka kita disiat-siat dengan pisau pastu dibakar dengan api. Ergghhh pedih tak terkata. Dekat dalam mulut pon jadi jugak. Sehari kena makan lima kali ubat saraf. Sampai la hari ni pon belum sembuh sepenuhnya lagi. Walaupon biji-biji tu dah kering, tapi pedih dia masih terasa. Lepas discharge dari hospital, doktor bagi MC seminggu. Siang tadi cheq pi lagi hospital tu untuk follow up dengan doktor tu. Dan doktor tu bagi stok ubat untuk tiga minggu. Kena lagi RM400++. Mahai gila ubat saraf tu.

Hari-hari makan moi ja sebab dalam mulut pon ada biji-biji tu. Gusi sebelah kanan pon habis bengkak-bengkak. Sori, cheq tak posa time sakit ni.


Sampai satu tahap tu, cheq tak boleh nak makan sendiri. So, terpaksa la bermanja sat dengan mak cheq. Masa ni la kalau nak bermanja pon. Ambik peluang. Hehehe.


Ubat yang cheq kena makan lima kali sehari. Anggap macam makan cekelat ja la.


Kalau hampa nak tau, cheq ni jenis orang yang jarang sakit. Nak kata demam setahun sekali pon tak. Demam 3 tahun sekali ada la kot. Ni la first time cheq sakit teruk sampai kena admitted. Tiba masa Tuhan nak uji.


Bosan gila duduk kat hospital sampai seminggu. Tangan cheq pon dah naik bombomm.

Oh ya, selain rawatan dari hospital, cheq ada jugak berubat secara tradisional. Mak cheq ada jumpa sorang pak cik tu. Dia memang boleh ubatkan orang yang kena kayap ni. Dia ada buat ayaq penawar untuk cheq minum. Pastu dia bagi bedak sejuk dan daun apa tah. Dia suruh tumbuk daun tu dan campurkan dengan bedak sejuk, pastu sapu dekat tempat yang kena kayap tu. Orang kata, Allah bagi penyakit, kita kena la berusaha berikhtiar cari penawar. Tak gitu?

Begitu lah al-kisah ceriteranya. Orang kata, nak sakit tu sat ja. Nak sembuh tu yang lama. Ni la ujian Tuhan nak bagi. Dia nak tengok, kita ingat tak dekat Dia. Nampaknya tak beraya la cheq tahun ni. Posa pon tak penuh, mana boleh nak raya kann. Oh ya, rupa-rupanya punca yang cheq kena kayap ni adalah disebabkan virus demam campak. Kata doktor, setiap orang yang dah pernah kena demam campak, virus tu akan terus berada dalam tubuh badan kita. Dia duduk senyap-senyap ja dalam tu, sampai lah satu ketika, di saat antibodi kita lemah, masa tu lah dia akan serang mana-mana saraf yang dia nak serang. So, maksudnya, masa cheq kena kayap ni, antibodi cheq betul-betul lemah la. Maybe cheq stress pasai gheja sama kot. Tu yang boleh jadi lagu tu.

Kesimpulannya, hampa-hampa yang dah pernah kena demam campak, berhati-hati lah naa. Jaga kesihatan baik-baik. Jangan bagi antibodi hampa lemah sebab semua yang dah pernah kena demam campak ada chance untuk diserang kayap pulak. Cheq dah kena, memang sakit gila. Harap-harap penyakit ni tak akan terjadi lah dekat hampa semua. Kalau nak tau lebih lanjut pasal penyakit ni, hampa boleh try tanya Pak Cik Gugel. Taip ja "Herpes Zoster". Nanti keluaq la info pasal penyakit ni. Dekat dalam form insurance claim tu, doktor tu tulis "Severe Herpes Zoster involving trigeminal nerve distribution". Kelas kan nama penyakit ni. Padahal kita dok panggil kayap ja. Hehehe.

Ok lah. Cheq rasa setakat ini saja perkongsian dari cheq kali ni. Doakan semoga cheq cepat sembuh dan kembali segak seperti sedia kala (segak ka?). Nanti cheq cerita pasai holiday hari tu dekat Vietnam. Semoga panjang umur kita semua. Assalamualaikum..

Saturday, May 14, 2016

Misteri Seorang Kamu


Wajahmu
Tak pernah terlintas di fikiran
Suaramu
Tak terngiang di pendengaran
Namamu
Tak juga menjadi sebutan.

Namun
Kau tentu ada di sana
Diam menunggu, tak jua menyapa
Sampai takdir membawa kita
Bertemu berpisah kerana Dia.

Sunday, May 8, 2016

Happy Mother's Special Day

A mother is someone who can take the place of all others but no one can ever take her place. Because she competes with no one, and no one can compete with her.

Happy Mother's Special Day. <3

Thursday, May 5, 2016

Di Anjung Senja Usia Kita


Sahabat,
Mungkinkah kita akan duduk lagi bersama
Di suatu masa menghitung sisa usia kita
Mengenang kisah lama
Berbicara tentang masa muda
Tentang suka, tentang duka
Bercerita soal keluarga
Soal cinta, soal rasa.

Sahabat,
Aku masih ingin duduk bersamamu
Di anjung senja usia kita
Aku masih ingin mengusap air matamu
Di kedutan tua pipimu
Aku masih ingin ketawa di sampingmu
Walau tawa kita tidak lagi segirang dulu.

Sahabat,
Semoga usia tidak menjauhkan jarak antara kita
Semoga ingatan tidak memudarkan memori kita
Dan semoga nanti di suatu ketika
Aku masih bisa duduk bersandar bersamamu
Menggenggam erat tanganmu
Dan kita hanya memejam mata
Tanpa sepatah pun bicara
Menikmati erti persahabatan
Yang telah dikurniakan Tuhan.

Monday, May 2, 2016

Itinerary Medan 4 Hari 3 Malam

Hai semua. Assalamualaikum. Hari ni cheq nak share itinerary sepanjang 4 hari 3 malam cheq pi Medan dengan geng-geng cheq. Saja la share, kot-kot hampa nak buat rujukan. Enjoy naa!

Hari pertama. Excited!

Hari kedua. Memenatkan.

Hari ketiga. Habis duet.