Assalamualaikum. Selamat siang. Kabare semuanya? Waras. Alhamdulillah. Masih lagi dalam bulan Syawal kita ni. Raya, raya jugak. Blog jangan biaq bersawang. Hari ni baru lah cheq ada masa sikit nak hapdet blog ni. Kali ni cheq nak cerita pulak tentang trip cheq dengan family cheq ke Bandung Indonesia pada 6-9 Julai 2015 yang lalu. Jangan tak tau naa, kami pi time bulan posa uols! Awat pi Bandung masa bulan posa? Sebabnya nak shopping baju raya la. Kelas tak?? Haa jawapan menutup malu sebenaqnya tu.
Actually, cheq yang tersalah booking tiket flight tu. Masa tu Air Asia dok tengah buat promotion free seat. Maka pakat berebut lah warga-warga kaki travel sekalian dok book tiket. Termasok lah cheq, walaupon cheq bukan lah warga kaki travel yang tegar, tapi cheq tetap tak mau ketinggalan berebut tiket free tersebut. Maka, tanpa berfikir apa pon, cheq terus grab 4 tiket dewasa pergi dan balik KL-Bandung-KL pada 6-9 Julai 2015. Cheq pilih tarikh tu sebab time tu ja yang masih banyak seat. Lepas dah buat payment semua, dah confirm, cheq pon dengan bangganya habaq dekat family cheq pasai trip ni. Tak pasai-pasai kena maki cheq time tuh. Cheq pon heran la, pasai pa depa semua marah cheq? Padahai cheq dah bermurah hati nak payungkan tiket tu dekat depa. Lepas dapat penampaq jepun dari mak cheq (jangan percaya, cheq bayangkan saja. Over thinking) baru lah cheq sedaq yang rupanya time tu adalah bulan posa. Boleh dikatakan seminggu ja lagi nak raya. Baru lah cheq mengerti kenapa depa marah cheq. Huwaaaa. Tapi apa buleh buat, cheq dah bayaq, malas la nak cancel. Jadi cheq pon pujuk la depa semua. Cheq kata, "Alaa tak pa la, kita pi shopping baju raya la macam tu. Baru kelas sikit raya tahun ni". Heee. Dan alhamdulillah depa dapat menerima pujukan cheq dengan hati yang berbunga-bunga.
Ehh, dah melalut ke laut dah ni. Patah balik patah balik. Ok dekat mana kita tadi? Oh yaa, pasai tiket flight kan. Hmm harga untuk 4 orang dewasa pi balik KL-Bandung-KL, RM420 sahaja. Murah kan? Berbaloi la walaupon bulan posa. Hiks!

Muka harus ceria, walaupun sedang berpuasa.

Buku merah jangan lupa bawa hokayy.
Ok, cheq dah payung tiket flight. Adik cheq pulak bermurah hati nak payungkan hotel. Macam tu la namanya adik-beradik, saling payung-memayung antara satu sama lain. Kalau nak harapkan hakak sorang ja yang payung, rasanya payung pasar malam tu pon tak cukop. Untuk hotel, kami book dekat Agoda ja. Kami ambik Cleo Family Guest House. Besaq, luas dan cantik biliknya. Siap dengan breakfast lagi. Harga dia RM120 untuk satu malam. Berbaloi dan puas hati duduk sini.
Sepanjang kami dekat sana, kami ambik khidmat supir. Lepas cheq tanya dekat Pak Cik Google yang serba tahu tu, dia habaq kat cheq yang kebanyakan orang Malaysia yang pi Bandung akan ambik khidmat supir dari company Hayukka Bandoeng. Memang company ni antara yang murah dan tip top la servisnya. So, cheq pon berhubung la dengan admin Hayukka Bandoeng ni. Dan cheq dapat harga RM435 untuk 4 hari 3 malam kami dekat sana. Supir, kereta Toyota Innova, petrol, parking dan tol all included. Sebenaqnya depa bukan setakat jadi pemandu kita tau, depa siap jadi tukang hangkut barang-barang shopping kita lagi tau! Overall, cheq memang berpuas hati la dengan servis depa yang tip top tu.

Ni supir pertama kami. Namanya Mas Acong. Sangat friendly dan peramah.

Bersama supir kedua pulak. Pak Ujang. Dia pendiam sikit tapi sekali dia bercakap, semuanya lawak belaka.
Emm ok la wei. Cheq rasa cukop dulu kot ceritera cheq untuk kali ni. Nanti cheq cerita la alkisah perjalanan cheq dan family dekat Bandung selama 4 hari 3 malam. Semoga dipanjangkan umoq kita jumpa lagi naa. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment