Sunday, August 9, 2015

Percutian Bajet ke Bandung Part 2

Assalamualaikum semua. Semoga yang sedang membaca post ni dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT. Untuk entry kali ni, cheq nak bercerita pasai hari pertama cheq dengan family dekat Bandung. Flight kami dari KL ke Bandung dijadualkan terbang pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia. Jadi, seawal 4 pagi lagi kami dah terpacak dekat KLIA2 tu, takut terlewat. Dah sampai awai, kami sahur dulu dekat situ. Makan berat-berat sikit sebab takut nanti tak da tenaga nak berjalan kat tempat orang. Solat Subuh pon dekat dalam departure hall tu. Dan alhamdulillah, flight kami tak delay. Actually cheq agak bernasib baik la dengan Air Asia ni. Sepanjang cheq dok naik Air Asia ni, tak pernah lagi la delay macam yang selalu orang lain dok kena tu. Cuma pernah sekali ja flight dari Penang ke JB delay sejam sebab hujan lebat. Selain daripada tu, alhamdulillah on time. Harap-harap lepas ni pon still bernasib baik macam ni la. Dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Tepat pukul 8.05 pagi waktu Indonesia, kami sampai di airport Bandung. For your info, waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia, ya. Take note!

Pukul 4 pagi. Muka-muka mengantok + baru bangun tidoq.

Menjadi keharusan ambik gambaq sayap kapai terbang. Tak tau kenapa.

Sampai ja dekat airport Bandung, supir kami dari Hayukka Bandoeng dah pon tunggu dan cheq pon bagitau dia nak pi mana. Cheq siap print-out kami punya itinerary lagi untuk bagi dekat supir tu supaya dia tau ke mana kami nak pi. Supir kami untuk hari pertama dan kedua ni namanya Acong. Tapi cheq tak tau nama sebenaq dia apa. Nama ja Acong, tapi dia Muslim ok. Lepas ambik kereta dekat parking, terus Mas Acong bawak kami pi Kawah Putih. Perjalanan dari airport ke Kawash Putih mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan ke Kawah Putih ni, ada ladang strawberry, ladang teh, padi bukit. Memang cantik la. Tapi jalan dia berbengkang-bengkok dan mendaki bukit menyebabkan adik cheq yang heroin tu muntah-muntah. Bikin malu sama Mas Acong aja kamu nih! Untuk masuk ke Kawah Putih, tiket dia sorang RM15. Dekat situ memang kena pakai face mas sebab bau belerang dia sangat kuat. Sapa yang tak tahan boleh pengsan. Dekat situ jugak ada orang juai strawberry. Mak cheq beli, murah gila. RM3 ja sebekas. Kalau kat Malaysia maunya berbelas-belas ringgit dah.

Keadaan highway dekat Bandung. 

 Kawah Putih. Here we are.

 Permandangan tasik putih di tengah kawah gunung berapi.

 Rasa macam green screen ja dekat belakang tu kan?

 Ni la strawberry yang RM3 tu. Dekat bawah ada 1 layer lagi buahnya. Murah tak?

Ok. Sambung cerita. Lepas dah puas berada di Kawah Putih, kami pon balik semula ke Kota Bandung untuk check-in hotel. Ya la, perjalanan jauh kot, 2 jam setengah. Pi balik dah 5 jam. Jam 2.30 petang, kami pon sampai la di Cleo Family Guest House. Tak cakap banyak terus terjun katil. Kami janji dengan Mas Acong, pukul 4 datang ambik kami semula. 

Keadaan bilik kami di Cleo Family Guest House. Luas, bersih dan selesa.

Ok. Dah recharge balik energy, pukul 4 kami keluaq semula. Mas Acong bawak kami ke Rumah Mode. Dekat ja dengan hotel kami tu. Tak sampai 10 minit pon. Dekat Rumah Mode tu, kami just jalan-jalan cuci mata ja sementara nak tunggu waktu berbuka. Dekat Bandung, jam 5.30 dah masuk waktu Maghrib. Jadi dalam pukul 5, kami pergi ke Restoran Sangkuriang, juga berdekatan dengan Rumah Mode tu. Dekat sini, depa hidangkan masakan Sunda. Memang sangat sedap. Tak tau nak habaq. Kami order ikan gurami terbang, kangkung goreng belacan, ayam goreng, sambal tempe, cendawan goreng tepung dan sambal belacan serta sambal kicap yang awesome. Tak lupa juga tiga jus buah dan satu soda gembira. Total makan hari tu RM80. Harga dia bagi cheq, standard la. Tapi kalau nak dibandingkan dengan rasa makanan tu, agak murah sebenaqnya.

Juadah berbuka kami di hari pertama dekat Bandung. Sedapnyaa. Jatuh cinta cheq pada masakan Sunda.
  
Disebabkan dekat Bandung tak dak sirap bandung, maka kita ganti lah dengan ayaq ni. Cheq punya soda gembira. Memang gembira tak terkata lepas minum ayaq ni. Hehehe..

Persekitaran Restoran Sangkuriang.

Dari pondok lesehan kami. Lesehan tu maksudnya bersila.

Dah habis licin kami bedal semua lauk pauk tu, perut pon dah ketat masing-masing. Kami bergerak pula ke Jalan Setiabudi dan Jalan Sukajadi. Sepanjang jalan ni ada banyak fashion outlet. So boleh la kalau nak shopping atau sekadar cuci-cuci mata. Akhirnya, dalam pukul 8.30 malam, kami balik semula ke hotel sebab kaki dah penat, mata pon dah rabak. Esoknya kami decide untuk shopping saja seharian. Wehee... Untuk itu, sekian sahaja entry dari cheq buat kali ini. Kalau hampa nak tau kisah selanjutnya, nantikan post cheq dalam masa terdekat ni, (kalau cheq tak busy la). Hehehe.. Ok na. Jaga diri, jaga hati. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Babai!


No comments:

Post a Comment