Assalamualaikum dunia! Sori, dah 2 minggu cheq tinggai blog ni. Hari ni cheq nak sambung cerita pasai trip Bandung. Rasanya hari ni dah masuk hari kedua kami kat Bandung. Pagi-pagi seawal jam 4.30, room service dah mai ketuk pintu bilik kami. Dia mai hantaq makanan sahur. Menu yang depa bagi, nasi goreng + telur dadar + keropok + teh o panas. Jadi la kan, cukup untuk mengisi perut kami berempat. Lagipon, cheq kalau sahur makan sikit-sikit ja. Yang bestnya suasana sahur kat sini, setiap pagi orang-orang kampung kat sini akan keluaq ramai-ramai ke jalan-jalan utama. Depa akan laung "sahur..!! sahur..!!" berulang-ulang kali sambil dok ketuk-ketuk gendang. Memang meriah. Kebetulan hotel kami dekat tepi jalan ja, so dapat la tengok suasana tu dari tingkap bilik. Lagi pula ada masjid berdekatan dengan hotel tu, so, sepanjang waktu sahur tu kita akan dengaq suara depa dok mengaji Al-Quran. Sedap ja rasa. Untung jugak pi sana time bulan puasa. Kalau tak, mana kita boleh dapat rasa pengalaman macam tu kan.

Menu sahur. Hari-hari menu yang sama cuma bezanya terletak pada telur. Hari ni telur dadar, esoknya telur mata. Giteww~
Dah habes sahur, kami tunggu solat Subuh then sambung tidoq. Hehehe. Siangnya dalam pukul 9, kami keluaq. Hari ni dah bagitau Mas Acong, kami nak shopping ja. Mula-mula sekali dia bawak kami pi Pasar Baru. Besaq rupanya Pasar Baru ni. Ada 8 tingkat kalau tak silap cheq. Silap-silap boleh sesat. Nasib baik la Mas Acong serahkan kami kepada sorang cowok ganteng ni. Tugas dia bawak kami pusing-pusing satu Pasar Baru tu dan hangkut semua barang yang kami beli. Dia suruh kami panggil dia Abah. Sebabnya dia ada janggut, so nampak macam abah-abah katanya. Bagi cheq, tak dak la macam abah sangat, muda lagi. Hensem dan baik hati pulak tu. Manis ja orangnya. Terpikat cheq! Kalau tak kerana dia dah kawen, dah lama cheq try test market. Hahahaa. Tapi tak boleh jugak noo, mak cheq dok ada sekali. Satgi tak pasai kena cubit sebab gatai meghela sangat. Oppss..
Ok. Berbalik kepada cerita sebenar. Dekat Pasar Baru tu ada juai macam-macam. Telekung, kain pasang, kain lace, kain sulam, kain batik, kain pelikat, baju batik, baju kemeja, jaket, blouse, beg tangan, beg roda, beg travel, kasut lelaki, kasut wanita, souvenir, pelbagai jenis makanan tempatan dan macam-macam lagi lah. Pendek kata, dekat sini lah pusat membeli belah segala jenis barangan. Kalau hampa pi Bandung tak pi Pasar Baru, maka tak sah lah percutian hampa tu. Dekat Pasar Baru ni kami menyopping macam tak hengat dunia. Tekelung saja sampai 30 pasang. Tu tak termasuk kain dan kasut lagi. Adek cheq siap beli beg roda lagi takot tak cukup beg nak bawak balik nanti. Yang kesiannya dekat Abah tu la. Dia la yang ngangkut semua barang-barang kami sampai tak cukop tangan dia. Kami syok ja dok melenggang kangkung dalam Pasar Baru tu. Dah kami nak bawak sikit pon dia tak bagi. Memang tugas dia katanya. Dia kata, kalau dia tak bawak barang kami, nanti dimarahin sama Mas Acong dan kantor. Kesian kami tengok, tapi nak buat macam mana dah dia berkeras tak bagi kami bawak sendiri. Nasib lah. Rasa macam raja pulak. Hehehe.
Kalau hampa nak tau, dekat Pasar Baru ni jugak kita boleh tempah baju. Disebabkan Raya dah dekat, so, kami decide dah alang-alang mai jauh-jauh ni, apa kata kita buat baju raya dekat Bandung? Kain dah beli, so Abah tu bawak kami pi kat satu kedai dalam Pasar Baru. Mungkin dia selalu bawak tetamu dia pi situ kot. Dekat situ, kita boleh request fesyen macam mana yang kita nak. Dia akan jahit baju kita tu dalam masa sehari. Lepas tu dia akan hantaq baju kita ke hotel. Jadi, kami pon setuju untuk tempah baju dekat tailor tu. Hasil dia, alhamdulillah. Kemas jahitannya. Berbaloi la tempah baju dekat situ. Kalau tak silap cheq, sepasang baju dia ambik upah dalam RM80. Bagi cheq, kira ok la harga tu sebabnya siap dalam masa sehari dan jahitannya sangat kemas. Dia siap hantaq ke hotel lagi baju tu.
Dekat 5 jam jugak la kami dok pusing-pusing Pasar Baru tu. Tu pon tak abes pusing rasanya. Dalam pukul 2.30, kami keluaq dari Pasar Baru. Terima kasih banyak-banyak lah diucapkan kepada Abah yang dah bersusah-payah bawak kami pusing-pusing Pasar Baru dan hangkut semua barang-barang shopingan kami tu. Lepas hulur tip sikit dekat dia, Mas Acong bawak kami pi solat dulu dekat sebuah masjid. Kemudian, dia bawak kami pi satu rumah kain. Dekat situ pon ada macam-macam jenis kain jugak. Harga dia ada yang lebih murah dari Pasar Baru, ada jugak yang lebih mahal dari Pasar Baru. Kami tengok-tengok ja sebab tadi dah borong banyak gila dekat Pasar Baru. Lepas tu, Mas Acong bawak kami pi Jalan Riau pulak. Dekat situ ada factory-factory outlet seperti The Secret, Heritage dan Cascade. On the way tu jalan jammed gila. Siap ada pengamen lagi tengah-tengah jalan. Kami dok cari jugak kelibat Tegar. Tapi tak jumpa pon. Hehehe..

Di tengah-tengah jalan yang macet, ada pengamen sedang mencari rezeki.
Dah dekat waktu berbuka puasa, Mas Acong bawak kami pi satu restoran yang menyajikan masakan padang. Tapi selera cheq lebih kepasa masakan Sunda. Lain orang, lain citarasa. Dekat sini, habis RM60. Macam agak mahal kan? Dah kenyang, kami singgah pulak di Cihampelas Walk. Cuci-cuci mata. Dan last sekali sebelum balik bilik, Mas Acong bawak kami pi shopping dekat Terminal Tas pulak. Dekat sini ada jual beg tangan, beg travel, wallet, purse dan segala jenis beg. Semuanya cantik-cantik dan murah-murah. Cheq pon ada terbeli jugak purse dekat sini. Dah puas shopping, baru lah kami balik ke bilik hotel. Tapi sebelum tu, singgah kejap dekat Restoran Ayam Goreng Suharti (dekat dengan hotel). Teringin tengok ayam goreng tu sebab dok lalu kot situ selalu. Tapau sekoq ayam goreng untuk dimakan di bilik nanti. Dekat Mas Acong pon kami tapaukan setengah ekoq. Sebagai tanda terima kasih dia bawak kami berjalan.

Masuk-masuk ja restoran padang, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk-pauk.

Kita cuma pilih lauk yang kita nak makan ja.

Kali ni semua order ayaq soda gembira setelah terpikat tengok ayaq cheq semalam. Hahaha.

Dekat Terminal Tas. Boleh gila tengok beg-beg dekat sini. Syurga wanita.

Bersama Encik Otromen.
Ok la hampa semua. Cheq nak stop dekat sini dulu. Nanti cheq sambung lagi. Tak abes lagi alkisah ceriteranya. Semoga panjang umoq, boleh la cheq bercerita lagi. Sekian saja untuk kali ni. Assalamualaikum dan babai.
No comments:
Post a Comment