Showing posts with label Kisah dan Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah dan Tauladan. Show all posts

Sunday, July 3, 2016

Kisah Dua Tetamu Berbeza

Assalamualaikum. Hari ni dah 28 Ramadhan. InsyaAllah, lagi 2 hari kita akan menyambut kedatangan Syawal. Petang-petang macam ni, syok jugak kalau cheq hapdet blog ni. Sambil-sambil menunggu masa untuk berbuka, boleh la cheq berceloteh dekat sini dulu.

Hari ni cheq saja nak ajak hampa semua membayangkan satu situasi yang kemungkinan besaq boleh jadi dekat kita semua. Ok, cuba hampa semua bayangkan, kalau hampa menjadi tetamu kepada seorang hamba Allah ni. Hampa bawak macam-macam hadiah dan buah tangan untuk tuan rumah tu. Tapi yang tak bestnya, dia layan hampa macam nak tak nak ja. Macam tak suka ja kita mai rumah dia. Jamu makan pon, biasa-biasa ja. Dan bila hampa dah macam lama sikit duduk bertamu dekat rumah dia, dia mula minta kebenaran nak ke dapur. Katanya nak sediakan hidangan untuk seorang lagi tetamu istimewa yang akan datang sebentar lagi. Pastu dia tinggalkan hampa sorang-sorang dekat ruang tamu. Pergi lah dia ke dapur untuk memasak masakan yang istimewa untuk tetamu yang nak mai tu. Persiapan yang dia buat untuk tetamu lagi sorang tu, langsung tak macam persiapan yang dia buat untuk sambut hampa. Nampak ketara sangat perbezaannya.

Masa tu, apa perasaan hampa? Kalau cheq, cheq rasa terkilan sangat. Kecik hati, rasa macam tak dihargai. Rasa macam kedatangan cheq ni tak diundang. Pastu rasa macam tuan rumah tu nak halau ja cheq suruh balik cepat-cepat. Padahal kita pi rumah dia dengan tujuan yang baik, nak bawak rahmat untuk dia. Tapi macam tu pulak dia layan kita. Memang sedih gila lah. Rasa malu pon ada.

Sebenaqnya situasi yang cheq suruh hampa bayangkan tu bukan la terjadi kepada diri cheq. Tapi ianya terjadi kepada bulan Ramadhan yang mulia ni. Raya lambat lagi, tapi kita dah mula abaikan Ramadhan dengan pelbagai persiapan nak sambut raya. Rasanya masjid-masjid cuma penuh masa 10 malam pertama ja. Lepas tu, makin lama makin kosong. Dekat corong-corong radio pulak, baru 15 Ramadhan, dah mula pasang lagu-lagu raya. Macam tak sabaq sangat nak raya. Dah akhir-akhir ni, apatah lagi la. Masjid dah tak jejak dah. Sibuk dok bakaq lemang, buat kuih raya dan macam-macam lagi.

Sepatutnya kita bersedih sebab tak lama lagi Ramadhan yang membawa sejuta rahmat ni akan meninggalkan kita. Dia mai setahun sekali ja. Tak tau la sama ada tahun depan kita masih berpeluang untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Jadi, cheq nak berpesan kepada diri cheq sendiri dan juga kepada yang membaca ni. Mai la kita sama-sama rebut peluang setahun sekali ni. Sama-sama kita buat pecutan yang terakhir. Berlumba-lumba untuk membuat amal ibadah dan kebajikan dalam bulan Ramadhan yang hanya tinggal 2 hari saja lagi. Lepas tu, kita nak huha huha pon, lantak lah. Janji jangan sampai melanggar syariat Islam.

Ok lah. Itu saja yang cheq nak bebel hari ni. Jumpa lagi di lain entry. Lagi sekali, bayangkan kalau hampa adalah Ramadhan itu sendiri…..