Sunday, August 9, 2015

Percutian Bajet ke Bandung Part 2

Assalamualaikum semua. Semoga yang sedang membaca post ni dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT. Untuk entry kali ni, cheq nak bercerita pasai hari pertama cheq dengan family dekat Bandung. Flight kami dari KL ke Bandung dijadualkan terbang pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia. Jadi, seawal 4 pagi lagi kami dah terpacak dekat KLIA2 tu, takut terlewat. Dah sampai awai, kami sahur dulu dekat situ. Makan berat-berat sikit sebab takut nanti tak da tenaga nak berjalan kat tempat orang. Solat Subuh pon dekat dalam departure hall tu. Dan alhamdulillah, flight kami tak delay. Actually cheq agak bernasib baik la dengan Air Asia ni. Sepanjang cheq dok naik Air Asia ni, tak pernah lagi la delay macam yang selalu orang lain dok kena tu. Cuma pernah sekali ja flight dari Penang ke JB delay sejam sebab hujan lebat. Selain daripada tu, alhamdulillah on time. Harap-harap lepas ni pon still bernasib baik macam ni la. Dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Tepat pukul 8.05 pagi waktu Indonesia, kami sampai di airport Bandung. For your info, waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia, ya. Take note!

Pukul 4 pagi. Muka-muka mengantok + baru bangun tidoq.

Menjadi keharusan ambik gambaq sayap kapai terbang. Tak tau kenapa.

Sampai ja dekat airport Bandung, supir kami dari Hayukka Bandoeng dah pon tunggu dan cheq pon bagitau dia nak pi mana. Cheq siap print-out kami punya itinerary lagi untuk bagi dekat supir tu supaya dia tau ke mana kami nak pi. Supir kami untuk hari pertama dan kedua ni namanya Acong. Tapi cheq tak tau nama sebenaq dia apa. Nama ja Acong, tapi dia Muslim ok. Lepas ambik kereta dekat parking, terus Mas Acong bawak kami pi Kawah Putih. Perjalanan dari airport ke Kawash Putih mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan ke Kawah Putih ni, ada ladang strawberry, ladang teh, padi bukit. Memang cantik la. Tapi jalan dia berbengkang-bengkok dan mendaki bukit menyebabkan adik cheq yang heroin tu muntah-muntah. Bikin malu sama Mas Acong aja kamu nih! Untuk masuk ke Kawah Putih, tiket dia sorang RM15. Dekat situ memang kena pakai face mas sebab bau belerang dia sangat kuat. Sapa yang tak tahan boleh pengsan. Dekat situ jugak ada orang juai strawberry. Mak cheq beli, murah gila. RM3 ja sebekas. Kalau kat Malaysia maunya berbelas-belas ringgit dah.

Keadaan highway dekat Bandung. 

 Kawah Putih. Here we are.

 Permandangan tasik putih di tengah kawah gunung berapi.

 Rasa macam green screen ja dekat belakang tu kan?

 Ni la strawberry yang RM3 tu. Dekat bawah ada 1 layer lagi buahnya. Murah tak?

Ok. Sambung cerita. Lepas dah puas berada di Kawah Putih, kami pon balik semula ke Kota Bandung untuk check-in hotel. Ya la, perjalanan jauh kot, 2 jam setengah. Pi balik dah 5 jam. Jam 2.30 petang, kami pon sampai la di Cleo Family Guest House. Tak cakap banyak terus terjun katil. Kami janji dengan Mas Acong, pukul 4 datang ambik kami semula. 

Keadaan bilik kami di Cleo Family Guest House. Luas, bersih dan selesa.

Ok. Dah recharge balik energy, pukul 4 kami keluaq semula. Mas Acong bawak kami ke Rumah Mode. Dekat ja dengan hotel kami tu. Tak sampai 10 minit pon. Dekat Rumah Mode tu, kami just jalan-jalan cuci mata ja sementara nak tunggu waktu berbuka. Dekat Bandung, jam 5.30 dah masuk waktu Maghrib. Jadi dalam pukul 5, kami pergi ke Restoran Sangkuriang, juga berdekatan dengan Rumah Mode tu. Dekat sini, depa hidangkan masakan Sunda. Memang sangat sedap. Tak tau nak habaq. Kami order ikan gurami terbang, kangkung goreng belacan, ayam goreng, sambal tempe, cendawan goreng tepung dan sambal belacan serta sambal kicap yang awesome. Tak lupa juga tiga jus buah dan satu soda gembira. Total makan hari tu RM80. Harga dia bagi cheq, standard la. Tapi kalau nak dibandingkan dengan rasa makanan tu, agak murah sebenaqnya.

Juadah berbuka kami di hari pertama dekat Bandung. Sedapnyaa. Jatuh cinta cheq pada masakan Sunda.
  
Disebabkan dekat Bandung tak dak sirap bandung, maka kita ganti lah dengan ayaq ni. Cheq punya soda gembira. Memang gembira tak terkata lepas minum ayaq ni. Hehehe..

Persekitaran Restoran Sangkuriang.

Dari pondok lesehan kami. Lesehan tu maksudnya bersila.

Dah habis licin kami bedal semua lauk pauk tu, perut pon dah ketat masing-masing. Kami bergerak pula ke Jalan Setiabudi dan Jalan Sukajadi. Sepanjang jalan ni ada banyak fashion outlet. So boleh la kalau nak shopping atau sekadar cuci-cuci mata. Akhirnya, dalam pukul 8.30 malam, kami balik semula ke hotel sebab kaki dah penat, mata pon dah rabak. Esoknya kami decide untuk shopping saja seharian. Wehee... Untuk itu, sekian sahaja entry dari cheq buat kali ini. Kalau hampa nak tau kisah selanjutnya, nantikan post cheq dalam masa terdekat ni, (kalau cheq tak busy la). Hehehe.. Ok na. Jaga diri, jaga hati. Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Babai!


Saturday, August 1, 2015

Percutian Bajet ke Bandung Part 1

Assalamualaikum. Selamat siang. Kabare semuanya? Waras. Alhamdulillah. Masih lagi dalam bulan Syawal kita ni. Raya, raya jugak. Blog jangan biaq bersawang. Hari ni baru lah cheq ada masa sikit nak hapdet blog ni. Kali ni cheq nak cerita pulak tentang trip cheq dengan family cheq ke Bandung Indonesia pada 6-9 Julai 2015 yang lalu. Jangan tak tau naa, kami pi time bulan posa uols! Awat pi Bandung masa bulan posa? Sebabnya nak shopping baju raya la. Kelas tak?? Haa jawapan menutup malu sebenaqnya tu.

Actually, cheq yang tersalah booking tiket flight tu. Masa tu Air Asia dok tengah buat promotion free seat. Maka pakat berebut lah warga-warga kaki travel sekalian dok book tiket. Termasok lah cheq, walaupon cheq bukan lah warga kaki travel yang tegar, tapi cheq tetap tak mau ketinggalan berebut tiket free tersebut. Maka, tanpa berfikir apa pon, cheq terus grab 4 tiket dewasa pergi dan balik KL-Bandung-KL pada 6-9 Julai 2015. Cheq pilih tarikh tu sebab time tu ja yang masih banyak seat. Lepas dah buat payment semua, dah confirm, cheq pon dengan bangganya habaq dekat family cheq pasai trip ni. Tak pasai-pasai kena maki cheq time tuh. Cheq pon heran la, pasai pa depa semua marah cheq? Padahai cheq dah bermurah hati nak payungkan tiket tu dekat depa. Lepas dapat penampaq jepun dari mak cheq (jangan percaya, cheq bayangkan saja. Over thinking) baru lah cheq sedaq yang rupanya time tu adalah bulan posa. Boleh dikatakan seminggu ja lagi nak raya. Baru lah cheq mengerti kenapa depa marah cheq. Huwaaaa. Tapi apa buleh buat, cheq dah bayaq, malas la nak cancel. Jadi cheq pon pujuk la depa semua. Cheq kata, "Alaa tak pa la, kita pi shopping baju raya la macam tu. Baru kelas sikit raya tahun ni". Heee. Dan alhamdulillah depa dapat menerima pujukan cheq dengan hati yang berbunga-bunga.

Ehh, dah melalut ke laut dah ni. Patah balik patah balik. Ok dekat mana kita tadi? Oh yaa, pasai tiket flight kan. Hmm harga untuk 4 orang dewasa pi balik KL-Bandung-KL, RM420 sahaja. Murah kan? Berbaloi la walaupon bulan posa. Hiks!

Muka harus ceria, walaupun sedang berpuasa.

Buku merah jangan lupa bawa hokayy.

Ok, cheq dah payung tiket flight. Adik cheq pulak bermurah hati nak payungkan hotel. Macam tu la namanya adik-beradik, saling payung-memayung antara satu sama lain. Kalau nak harapkan hakak sorang ja yang payung, rasanya payung pasar malam tu pon tak cukop. Untuk hotel, kami book dekat Agoda ja. Kami ambik Cleo Family Guest House. Besaq, luas dan cantik biliknya. Siap dengan breakfast lagi. Harga dia RM120 untuk satu malam. Berbaloi dan puas hati duduk sini.

Sepanjang kami dekat sana, kami ambik khidmat supir. Lepas cheq tanya dekat Pak Cik Google yang serba tahu tu, dia habaq kat cheq yang kebanyakan orang Malaysia yang pi Bandung akan ambik khidmat supir dari company Hayukka Bandoeng. Memang company ni antara yang murah dan tip top la servisnya. So, cheq pon berhubung la dengan admin Hayukka Bandoeng ni. Dan cheq dapat harga RM435 untuk 4 hari 3 malam kami dekat sana. Supir, kereta Toyota Innova, petrol, parking dan tol all included. Sebenaqnya depa bukan setakat jadi pemandu kita tau, depa siap jadi tukang hangkut barang-barang shopping kita lagi tau! Overall, cheq memang berpuas hati la dengan servis depa yang tip top tu.

Ni supir pertama kami. Namanya Mas Acong. Sangat friendly dan peramah.

Bersama supir kedua pulak. Pak Ujang. Dia pendiam sikit tapi sekali dia bercakap, semuanya lawak belaka.

Emm ok la wei. Cheq rasa cukop dulu kot ceritera cheq untuk kali ni. Nanti cheq cerita la alkisah perjalanan cheq dan family dekat Bandung selama 4 hari 3 malam. Semoga dipanjangkan umoq kita jumpa lagi naa. Assalamualaikum.


Saturday, June 20, 2015

Dia Tempat Meminta


Assalamualaikum. Sebelum tido, meh kita share sikit ayat terakhir dari Surah At-Taubah, yakni ayat ke 129.

Sahabat2, saudara saudari yg dikasihi oleh Allah. Sebesar mana pun hajat dan harapan kita, gantungkan lah ia hanya pada Allah. Hanya Dia yg berkuasa memperkenankan segala hajat2 kita. Berdoalah tanpa henti, kerana Allah juga tak pernah jemu mendengar rayuan dan rintihan dari hamba-hambaNya.

Hanya Dia tempat kita mengadu, hanya Dia tempat kita meminta, dan hanya Dia tempat kita bertawakal setelah kita berusaha dan berikhtiar. Semoga segala hajat kita akan segera terpenuhi. Amin ya robbal 'alamin.

Saturday, May 16, 2015

Itinerary Sabah 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, hari ni cheq nak share travel itinerary cheq ke Sabah hari tu. Semoga perjalanan cheq selama 4 hari 3 malam ni dapat memberi panduan kepada hampa-hampa yang bercadang nak ke Sabah. Have fun guys!

Day 1. Jauh perjalanan luas pemandangan.

 Day 2. Full day activity. Penat.

Day 3. Snorkeling and shopping!